Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap 4, Alami Kesukaran Bergerak Dan Bercakap – Presiden FAS

Pemain bola sepak skuad Harimau Malaya, Faisal Halim atau mesra disapa sebagai Mickey disahkan mengalami kelecuran tahap empat selepas menjalani pembedahan pertama malam, semalam.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Namun, beliau memaklumkan pergerakan dan percakapan Faisal ketika ini sedikit terjejas berikutan insiden disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, pada Ahad.

Foto: VOCKET

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tonggak jentera serangan Gergasi Merah itu bakal menjalani sekurang-kurangnya dua pembedahan lagi selepas ini.
“Selepas pembedahan pertama, doktor pakar mengesan ia bukan melecur tahap dua tetapi tahap empat,” katanya.

Menurut Shahril, berdasarkan penilaian, Faisal akan melalui sekurang-kurangnya dua pembedahan lagi yang akan ditentukan doktor dan sedang dipantau dengan rapi oleh pakar di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Foto: Sinar Harian

“Apa yang saya boleh kata (keadaan Faisal), pergerakan dan percakapan beliau terbatas kerana kesannya ada di bahagian muka (iaitu) pipi, hidung dan mulut ada sikit.
“Di bahagian badan dan tangan belah kiri agak teruk, itu yang jejaskan pergerakan beliau,” ujarnya lagi.

Terdahulu, tular di laman X mengenai kejadian yang menimpa pemain berusia 26 tahun itu menjadi mangsa simbahan asid dipercayai berlaku di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya pada 5 Mei lalu.

Difahamkan, pemain Selangor FC itu dihampiri dua individu bermotosikal sebelum bertindak menyimbah asid dan kemudian dikejarkan ke sebuah hospital swasta berdekatan.
Sumber: Bernama
Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd