Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Isu Kandungan Palestin Diturunkan, Fahmi Fadzil Jumpa Wakil Meta & TikTok

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan wakil penyedia platform media sosial TikTok dan syarikat konglomerat Meta bagi membincangkan isu melibatkan kawal selia kandungan.

Bangkitkan isu berkaitan Palestin

Menerusi hantaran di Facebook beliau, antara yang  dibincangkan dalam pertemuan itu ialah isu kandungan berkaitan Palestin yang diturunkan daripada TikTok, kegiatan judi dalam talian dan strategi coordinated inauthentic behaviour (CIB – tingkah laku tidak tulen terselaras) dalam platform itu.

“Dalam perbincangan itu beberapa aduan dan isu utama melibatkan dua platform telah saya bangkitkan dan minta TikTok serta Meta untuk mengambil tindakan segera.
“TikTok dan Meta beri komitmen untuk beri kerjasama lebih rapat dan erat untuk selesaikan isu-isu yang berbangkit,” katanya.

https://www.facebook.com/Fahmi.Fadzil.1/posts/pfbid0BPKvoRhzBKeEKv6aCSNh3czF6KHum1YqXBtJ8hw9TxbHez6VLCc97BrpNcWpwvcgl

Artikel lain: Pematuhan TikTok Terhadap Undang-Undang Masih Tidak Memuaskan – Fahmi Fadzil

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan daripada pertemuan tersebut, beliau mengarahkan  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)  untuk membuat  teguran keras kepada TikTok dan Meta selain mengaturkan pertemuan dengan penyedia platfrom media sosial itu untuk berbincang mengenai isu berkenaan.

TikTok dan Meta juga menunjukkan komitmen untuk memberi kerjasama lebih rapat dan erat bagi menyelesaikan isu-isu yang berbangkit.

Sumber: Facebook Fahmi Fadzil

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan ia tidak akan mengambil tindakan terburu-buru dalam menangani isu kebanjiran etnik Rohingya di beberapa kawasan di negeri itu, sebaliknya akan...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Sosial

Isu pengurusan pelarian etnik Rohingya kembali mencuri perhatian apabila dakwaan kos rawatan kesihatan yang ditanggung kerajaan mencecah sekitar RM30 juta setahun di hospital kerajaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd