Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Fahmi Fadzil Dedah 1,456 Kandungan Jelik Diturunkan Di Platform Media Sosial

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, memaklumkan sebanyak 1,456 kandungan berunsur jelik membabitkan kanak-kanak diturunkan oleh penyedia platform internet dan media sosial sepanjang tempoh 1 Januari 2022 hingga 15 Oktober lalu.

Memetik laporan Berita Harian, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai badan kawal selia industri komunikasi dan multimedia mengambil inisiatif menyeluruh memastikan kandungan berunsur mudarat dapat dikawal bagi melindungi golongan rentan, khususnya remaja dan kanak-kanak.

1,456 kandungan jelik diturunkan

Fahmi Fadzil 1,456 kandungan jelik diturunkan

“Dari 1 Januari 2022 sehingga 15 Oktober 2025, MCMC sudah mengemukakan 1,521 permohonan kepada penyedia platform untuk menurunkan kandungan jelik atau jelik melampau membabitkan kanak-kanak.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 96 peratus bersamaan 1,456 kandungan sudah diturunkan oleh penyedia platform berdasarkan garis panduan komuniti mereka dan aplikasi undang-undang tempatan yang relevan,” kata Fahmi di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi memberitahu, pihaknya sudah melaksanakan keperluan pelesenan bagi penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang memenuhi keperluan pelesenan untuk memohon dan mendapatkan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi atau ASP(C) di bawah Akta 588 bermula 1 Januari 2025.

“Di bawah kerangka pelesenan ini, terdapat Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) untuk penyedia perkhidmatan pesanan internet dan penyedia perkhidmatan media sosial.
“Kod ini antara lain menggariskan tanggungjawab penyedia perkhidmatan dalam melindungi kanak-kanak dan remaja daripada kandungan yang memudaratkan,” terangnya.

Artikel lain: Tindakan Tegas Akan Diambil Terhadap Stesen TV Langgar Garis Panduan – Fahmi Fadzil

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut menerangkan bahawa kerajaan juga sudah menggubal Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) bagi memperkukuhkan keselamatan dalam talian di Malaysia.

“Akta ini bertujuan untuk mengawal selia kandungan memudaratkan serta menetapkan kewajipan dan obligasi bagi penyedia pemberi perkhidmatan aplikasi, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan dan pemberi perkhidmatan rangkaian yang dilesenkan,” tambahnya lagi.

Sumber: Berita Harian (Ercy Gracella Ajos)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Taufan (Bavi) selepas ribut tropika berkenaan dikesan pada jam 8 pagi, kira-kira 1,151 kilometer (km) ke...

Politik

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, menitipkan doa dan ucapan terbaik buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang...

Lokal

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa seseorang pemimpin yang berbohong kepada rakyat bukan sahaja melakukan dosa, malah dianggap mengkhianati kepentingan negara. Pertahan pencapaian pentadbiran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd