Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ganti Maimunah, Fadlun Mak Ujud Dilantik Datuk Bandar KL Yang Baharu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menyampaikan watikah pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur kepada Datuk Fadlun Mak Ujud, hari ini.

Memetik laporan Berita Harian, Datuk Fadlun dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa esok, bagi menggantikan Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.

Datuk Bandar KL yang baharu

Fadlun Mak Ujud  Datuk Bandar KL yang baharu

Sehubungan itu, pelantikan Fadlun, 58, telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan Subseksyen 4 (2), Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

Difahamkan, Maimunah menamatkan perkhidmatannya setelah dipendekkan setahun lebih awal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Maimunah menamatkan perkhidmatan sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur hari ini dan bakal memulakan tugas sebagai Penasihat Hartanah Petronas pada Isnin.

Sebelum ini, Petronas mengumumkan pelantikan Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif sebagai Penasihat Hartanah berkuat kuasa 17 November depan.

Pelantikan tokoh perancang bandar terkemuka peringkat global itu memperkukuh hala tuju pembangunan hartanah syarikat, khususnya melibatkan tanah Sungai Besi, projek Kota Madani dan beberapa pembangunan strategik lain di bawah portfolio syarikat minyak serta gas nasional tersebut.

Artikel lain: Bukan Lubang Benam, Tapi Mendapan Tanah – Datuk Bandar KL

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, Fadlun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta memiliki pengalaman lebih 28 tahun dalam bidang perancangan bandar, pembangunan wilayah dan pengurusan bandar raya.

Sebelum pelantikan ini, beliau menyandang sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya sejak 2022.

Sumber: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd