Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Exco Minta Rakyat Kelantan Bersabar, Isu Air Dijangka Selesai 3 Tahun Lagi

Kerajaan Kelantan meminta rakyatnya supaya bersabar dengan isu air yang membelenggu sejak 20 tahun lalu lagi yang dijangka akan diselesaikan pada tahun 2027.

Menurut laporan Sinar Harian, Exco Jawantankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan Datuk Dr Izani Husin berkata, semua loji-loji yang dinaik taraf dan dibina akan siap sepenuhnya pada tahun tersebut.

Foto: FB Dato’ Dr Izani Husin

“Jadi pada 2028 nanti, Kelantan akan mempunyai lebihan bekalan air,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Berbuka Puasa Bersama Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada Ahad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dr Izani turut berkata, kerajaan negeri sedang dalam perancangan bagi melaksanakan kerja-kerja penukaran paip lama yang sudah reput dan tidak mampu bertahan lagi sejauh 5,000 km secara beransur-ansur.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 1,000 km perlu ditukar segera.

Foto: FB Dato’ Dr Izani Husin

“Bagaimanapun setakat hari ini kerajaan negeri hanya berupaya melakukan kerja-kerja menukar paip pada jarak 150 km sahaja dalam tempoh setahun,” ujarnya.

Dr Izani turut memberitahu bahawa perancangan terbaharu kerajaan negeri akan mengadakan berbincangan dengan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk meningkatkan keupayaan menukar paip-paip air tersebut.

“Yang meluluskan SPAN, yang lantik kontraktor adalah PAAB. Kita menunggu perkara ini untuk selesaikan sedikit demi sedikit.

Foto: FB Dato’ Dr Izani Husin

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jika kita mampu lantik ramai kontraktor kerja tukar paip dari 100 km dapat ditingkatkan kepada 250 km setahun,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Dr Izani memberitahu bahawa permohonan peruntukan untuk kerja-kerja pertukaran paip akan dihantar kepada Perdana Menteri dan akan dibuat mengikut kemampuan supaya tindakan tersebut dapat dipertingkatkan lagi.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd