Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

EURO 2024: Harga Tiket Final Melambung Tinggi, Hampir RM500,000 Sepasang

Tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir Euro 2024 pertembungan antara England bertemu Sepanyol pada Ahad ini sudah dijual semula dengan jumlah yang besar.

Menurut satu laporan The Sun, kira-kira 50,000 penyokong dijangka menuju ke Berlin untuk turut serta menyaksikan perlawanan akhir pertama England di bumi asing sehingga terdapat ‘ulat tiket’ haram menjual semula tiket dengan harga sehingga RM484,000 sepasang.

Foto: The Sun

Beberapa ratus keping tiket akan mula dijual di laman sesawang Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) pada minggu ini, manakala Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris hanya menjual 10,000 tiket sahaja, sedangkan jumlah peminat adalah sebanyak lima kali ganda dari jumlah tersebut yang menyebabkan puluhan ribu mencari tiket tidak rasmi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Para penyokong yang terdesak untuk menyaksikan perlawanan tersebut kerana dipercayai berpotensi menjulang kejuaraan pertamanya sejak 1966 mungkin perlu mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan tiket yang dijual semula oleh ‘ulat tiket’ berkenaan.

Beberapa tiket berharga paling rendah yang dikenali sebagai “Fans First” kini telah dijual semula pada harga RM26,600 sekeping, iaitu 25 kali ganda lebih mahal daripada harga asal  RM515 yang dijual melalui lawan UEFA.

Foto: The Sun

Tiket premium pula dijual semula dengan harga sehingga RM100,600 berbanding harga asalnya yang hanya bermula RM7,700 sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hal ini menunjukkan harga tiket bagi perlawanan terbabit dijangka akan terus meningkat di pasaran jualan semula dengan harga tempat duduk yang paling mahal bernilai RM472,000 untuk dua keping tiket.

UEFA sebelum ini telah mengeluarkan amaran kepada penyokong supaya tidak membeli tiket daripada penjual yang tidak sah, penjual luar atau pihak ketiga.

Sumber: The Sun

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd