Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Enggan Bersara Awal, Tom Cruise Mahu Berlakon Hingga Usia 80 Tahun

Pelakon terkenal, Tom Cruise mendedahkan dia tidak mempunyai perancangan untuk bersara awal dalam industri seni meskipun usianya kini sudah mencecah 61 tahun.

Menurut laporan mStar, dia membuat keputusan tersebut selepas menjadikan pelakon hebat Harrison Ford sebagai inspirasinya walaupun usia aktor tersebut sudah 80 tahun.

Bukan itu sahaja, besar harapannya untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon untuk 20 tahun lagi terutamnya dalam filem Mission Impossible.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Tom Cruise (@tomcruise)

“Harrison Ford adalah seorang lagenda. Saya berharap masih bertahan pada usia itu. Saya mempunyai masa 20 tahun lagi untuk mencapai impian tersebut.
“Saya berharap untuk terus berlakon dalam filem Mission Impossible sehingga umur saya mencecah usia Harrison,” katanya.

Dalam pada itu, Tom Cruise sempat berkongsi pengalaman indah sepanjang menjayakan filem tersebut bersama barisan artis lain.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Tom Cruise (@tomcruise)

Jelasnya, dia sangat berbangga dengan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan filem tersebut yang penuh dengan cabaran dan dugaan.

“Saya amat berbangga dengan semua orang yang terlibat menjayakan filem ini. Apabila penonton berpuas hati, ia lebih bermakna buat kami semua,” ujarnya.

Sumber: mStar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sosial

Isu pempengaruh Ammar Nazhan yang didakwa menyiarkan secara langsung perlawanan Piala Dunia 2026 di TikTok terus menjadi perhatian ramai apabila orang ramai mempersoalkan tindakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd