Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Empat Varian Honda Civic Baharu Dilancar, Harga Bermula RM133,900

Honda Malaysia melancarkan Civic baharu, pada harga atas jalan tanpa insurans bermula daripada RM133,900 untuk varian E.

Memetik laporan Berita Harian, harga varian V pula bermula RM144,900 diikuti varian Petrol RS pada RM149,900 dan varian e:HEV RS ditawarkan pada harga RM167,900.

Dalam pada itu, Honda Civic baharu menawarkan lima warna iaitu Canyon River Blue Metallic, Platinum White Pearl1, Ignite Red Metallic1, Meteoroid Gray Metallic dan Crystal Black Pearl.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata syarikat mencatatkan jualan melebihi 81,600 unit pada 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dengan pencapaian ini, kami berbangga untuk mengumumkan telah mengekalkan kedudukan sebagai peneraju dalam segmen kenderaan penumpang bukan nasional untuk tahun ke-11 berturut-turut.
“Sehingga Disember 2024, Civic menguasai 81 peratus bahagian pasaran dalam Segmen-C bukan nasional, mencerminkan kepercayaan dan sokongan kuat daripada pelanggan kami,” katanya semasa pelancaran Honda Civic baharu, di Subang Jaya, semalam.

Tambahnya, Honda Malaysia menyasarkan jualan bulanan sebanyak 1,000 unit dan berhasrat untuk mengekalkan kedudukan sebagai peneraju dalam pasaran Segmen-C bukan nasional.

Dalam pada itu, Honda Civic baharu ini menampilkan kehadiran dinamik dengan elemen reka bentuk yang tersendiri di mana varian e:HEV RS dilengkapi dengan sambungan gril hadapan berwarna dan hiasan gril bawah.

Varian ini diserikan lagi dengan roda aloi ‘matte grey’ 18 inci, manakala varian Petrol RS pula bakal menampilkan gril yang dicat hitam untuk daya tarikan ‘sporty’.

Sementara itu, varian e:HEV RS dikuasakan oleh rangkaian kuasa 2.0Le:HEV, menghasilkan kuasa maksimum 184PS dan tork 315Nm, digandingkan dengan transmisi berterusan elektrik (e-CVT) yang menawarkan prestasi hibrid dan kecekapan terbaik dalam kelasnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Varian Petrol RS pula dilengkapi dengan enjin 1.5 liter ‘VTEC Turbocharged’, menghasilkan kuasa maksimum 182PS dan tork 240Nm, memberikan pengalaman pemanduan yang mengujakan.

Sementara itu, dengan sistem ‘Google Built-In’, ia membolehkan pengguna mengakses ‘Google Assistant’ untuk arahan bebas tangan, navigasi masa nyata melalui Google Maps dan aplikasi melalui Google Play.

Pemandu juga dapat menikmati pemanduan tanpa gangguan dengan kemas kini trafik nyata dan mengawal penyaman udara melalui ‘Google Assistant’, tanpa perlu mengalihkan perhatian daripada jalan.

Honda Civic Baharu

Kesemua varian ini dilengkapi dengan sistem audio paparan lanjutan sembilan inci yang menyokong sambungan ‘wireless apple carplay’ dan android auto bersama port pengecas USB type-C.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa yang sama, kesemua varian Civic baharu ini dilengkapi dengan ciri standard dengan menawarkan teknologi seperti mengikuti kenderaan pada kelajuan rendah (LSF), sistem pemberitahuan pergerakan kenderaan hadapan (LCDN), kawalan pelayaran adaptif (ACC) dan amaran pelanggaran hadapan (FCW).

Selain itu, ciri keselamatan lain termasuk sistem brek pengurangan perlanggaran (CMBS), sistem bantuan kekal lorong (LKAS), amaran keluar lorong (LDW) dan lampu automatik (AHB).

Honda Civic Baharu

Civic baharu juga dilengkapi dengan Honda Connect, sistem integrasi telefon pintar canggih untuk semua varian di mana inovasi ini mentakrifkan semual kemudahan, keselamatan dan jaminan melalui ciri sambungan pintar.

Ia juga dilengkapi dengan filem solar dan keselamatan standard, memberikan pelanggan kemudahan dan keselamatan melalui pemasangan ‘tint’ yang sedia ada.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Nur Amira Mohd Hedzer)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Di sebalik gemerlap dunia media sosial, setiap penceritaan ada hikmahnya. Begitulah yang dapat dilihat melalui insiden melibatkan Kak Nab, seorang pempengaruh TikTok yang juga...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Prince Syed meluahkan penghargaan terhadap ibunya yang disifatkan sebagai seorang wanita berjiwa besar, penyabar dan sentiasa membawa aura positif dalam institusi...

Sosial

Berita pertunangan Chazynash menarik perhatian ramai semalam apabila beliau berkongsi momen penting itu di media sosial. Majlis berlangsung di sebuah restoran, dengan kapsyen penuh...

Sosial

Sebuah salun rambut di Subang Jaya, Selangor dikecam warganet apabila didakwa memaparkan elemen yang memperlekehkan agama Islam, khususnya berkaitan pemakaian hijab sambil meminum alkohol....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd