Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Gara-Gara Rebut Teman Wanita, Empat Lelaki Didenda RM800

Empat lelaki, termasuk seorang warga emas, masing-masing dikenakan denda RM800 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam pada Selasa selepas didapati bersalah terbabit dalam kejadian pergaduhan di Bandar Setia Alam yang dipercayai berpunca daripada isu teman wanita.

Empat lelaki didenda RM800

Menurut laporan Sinar Harian, tertuduh, Yap Sin Huat, 69, Che Kim Cing, 44, Gan Yan Ging, 22, dan See Yi Boon, 22, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman.

empat lelaki

Foto: Sinar Harian

Menurut fakta kes, keempat-empat mereka didakwa bersama-sama menimbulkan kekecohan dan mengganggu ketenteraman awam di tepi jalan kawasan berkenaan kira-kira jam 3.30 petang pada 23 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 jika disabit kesalahan.

Artikel lain: Isu Tudung Punca Peniaga Dan Pengawal Keselamatan Bergaduh Di Masjid

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sepanjang prosiding, peguam bela M Partiben, Mohd Safwan Saleh serta James Chan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) merayu agar mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan semua tertuduh sudah insaf dan menyesali perbuatan mereka.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Muaz Khawarizmi Azfar memohon hukuman setimpal dijatuhkan bagi memberi pengajaran kepada semua pihak.

empat lelaki

Foto: Kosmo!

Sebelum ini, media melaporkan tiga individu ditahan manakala seorang lagi diburu susulan kejadian pergaduhan di Jalan Setia Y U13/Y, Bandar Setia Alam, yang berpunca daripada perebutan teman wanita.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan kejadian diterima pada jam 3.51 petang dan pergaduhan itu melibatkan empat lelaki tempatan.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd