Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tuduhan Khianat Dan Cedera, Empat Ahli Keluarga Mentua Prince Syed Mengaku Tidak Bersalah

Empat ahli keluarga mentua kepada Prince Syed mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas pertuduhan khianat dan mencederakan pempengaruh tersebut, pada petang 2 November lalu.

Keluarga mentua Prince Syed mengaku tidak bersalah

Menurut laporan Kosmo! Online, kesemua tertuduh ialah Ishak Saif, 59, Aminah Haniffa, 55, dan anak mereka Muhammad Ikhwan Alif 22, serta Muhammad Syahmi Faiz Ishak, 31.

Mengikut pertuduhan, Ishak, Aminah dan Muhammad Ikhwan Alif didakwa bersama-sama atas kesalahan menyebabkan kecederaan ke atas Prince Syed, 33, di sebuah kawasan perumahan di Sungai Bertek, Klang.

mentua Prince Syed

Foto: Harian Metro

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun, denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Manakala Muhammad Syahmi Faiz pula berdepan tuduhan melakukan khianat selepas didakwa memecahkan cermin sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) milik isteri pempengaruh berkenaan, mengakibatkan kerugian sebanyak RM560, pada waktu dan lokasi yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.
mentua Prince Syed

Foto: Buletin TV3

Sekiranya sabit kesalahan, dia boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Dalam prosiding itu, ‎Timbalan Pendakwa Raya, Salman Alfarisi Nawawi tidak menawarkan jaminan kepada Muhammad Syahmi Faiz, manakala tiga tertuduh lain dicadangkan jaminan RM4,000 seorang.

Peguam mereka, K. Nathiya memohon agar jaminan yang rendah diberikan kepada semua anak guamnya.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM2,000 untuk Muhammad Syahmi Faiz dengan syarat tambahan perlu melaporkan diri ke balai polis sebulan sekali dan tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.

Tiga lagi tertuduh dibenarkan jaminan RM1,500 seorang. Kes disebut semula pada 26 Januari tahun depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Yunnus Yakkub)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd