Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Elon Musk Tetap Bertegas, Dilapor Mahu Haramkan Peranti Apple Di Syarikatnya

Bilionair sensasi, Elon Musk melahirkan rasa kurang senang dengan kerjasama terbaharu yang dimeterai antara syarikat teknologi, Apple dan pencipta ChatGPT, OpenAI.

Memetik catatan di platform X pada Selasa, Musk berkata, beliau mungkin akan mengharamkan penggunaan peranti Apple di syarikatnya. Ia turut merangkumi SpaceX dan X jika Apple meneruskan rancangan kerjasama yang diumumkan.

Foto: Business Insider

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu memberitahu, sekiranya Apple mengintegrasikan OpenAI pada sistem pengendalian, ia akan menjadi pelanggaran keselamatan yang tidak boleh diterima.
“Apple tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku sebaik sahaja mereka menyerahkan data anda kepada OpenAI,” kata Musk dalam catatan berasingan di X.

Foto: Apple

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi artikel CNN, reaksi Musk itu dikeluarkan beberapa jam selepas Apple bekerjasama dengan OpenAI pada Persidangan Pembangunan Sedunia.

Ia merupakan sebahagian usaha yang lebih meluas untuk membawa alat kepintaran buatan (AI) generatif kepada produk Apple.

Di bawah sistem kepintaran Apple baharu itu, AI akan digunakan untuk menghasilkan pembantu suara Siri yang lebih pintar dan menyampaikan ciri yang lebih peribadi kepada pengguna.
Sumber: X @elonmusk, CNN

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd