Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Elak Syarikat Rugi, Majikan Beri Pekerja Cuti Sebab Tiada Mood

Seorang pekerja wanita di China baru-baru ini menjadi bualan sehingga masuk berita selepas beri cuti kerana tiada mood oleh majikan, lapor South China Morning Post (SCMP).

Pekerja tiada mood, majikan beri cuti

Memetik SCMP, wanita tersebut meminta cuti kerana tiada mood dengan alasan tidak berpuas hati tiada salji di tempatnya seperti kebanyakan tempat di China yang bersalji.

Difahamkan, wanita dari Hangzhou, wilayah Zhejiang, tenggara China menunjukkan proses dilaluinya untuk mendapatkan bentuk cuti yang luar biasa iaitu hanya dengan tiada mood.

Menurut wanita itu, syarikatnya sentiasa menawarkan cuti kerana ‘mood’ selain cuti pada Hari Wanita, Hari Kanak-Kanak dan cuti rehat untuk majlis perkahwinan serta cuti kerana kematian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Majikan kami menjelaskan bahawa jika pekerja tidak berpuas hati, mereka boleh meminta cuti jenis ini pada bila-bila masa tanpa menjejaskan gaji atau bonus prestasi mereka,”katanya.

Majikan beri pekerja cuti

Artikel lain: Majikan Maut Ditikam Pekerja, Gaduh Sebab Masalah Kewangan

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu mengisytiharkan secara terbuka dalam mesej bahawa setiap kakitangan mempunyai hak untuk mengatakan tidak kepada majikan mereka.

Mereka juga boleh terus mengambil cuti sekiranya tiada mood untuk bekerja pada hari tersebut.

Hargailah bos seperti itu!

Berita tersebut tular sehingga menimbulkan perasaan cemburu dalam kalangan warganet kerana majikan beri cuti kepada pekerja wanita tersebut.

Wargamaya berpendapat pekerja yang bekerja di syarikat tersebut amatlah bertuah dan perlu menghargai kerana mempunyai majikan yang memahami perasaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bijak betul ‘bos’ ini. Membenarkan pekerja dalam ‘mood’ yang tidak baik untuk bekerja dengan mudah boleh membawa kepada kesilapan dan kerugian kepada syarikat.
“Dengan alasan cuti ini, kini seluruh negara tahu kamu hanya mahu keluar dan berseronok,” tulis seorang lagi netizen.

Mereka mengatakan setiap pekerja bertuah perlu mengharga kerana agak sukar untuk mendapat cuti dengan alasan sebegitu.

Sumber: SCMP

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan Kempen Cabutan Simpan SSPN 2026 yang menawarkan hadiah bernilai hampir RM1.4 juta kepada 954 pemenang. Pengerusi PTPTN,...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berkaitan pengurusan sisa...

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd