Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

El Nino Dijangka Berterusan Sehingga Julai, NRECC Pantau Jerebu Dalam & Rentas Sempadan

Fenomena El Nino atau cuaca panas yang sedang melanda negara pada ketika ini dijangka akan berterusan sehingga Julai tahun 2024.

Memetik laporan Buletin TV3, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata terdapat juga ramalan yang mengatakan tahun ini adalah tahun paling panas selepas 1998.

El Nino dijangka berterusan sehingga Julai

Foto: Free Malaysia Today

Dalam pada itu, beberapa negeri seperti Kelantan, Perlis dan Kedah juga akan mengalami cuaca yang lebih panas berbanding negeri lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kalau ikut trend biasa berdasarkan laporan diterima, sepatutnya sudah mula beralih dan hujan akan datang. Namun keadaan ini mungkin sebulan atau dua bulan lagi.

El Nino dijangka berterusan sehingga Julai

El Nino dijangka berterusan sehingga Julai

Foto: Sinar Harian

“Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) akan memantau perkara ini,” katanya ketika merasmikan Kampung Angkat Madani di Kampung Aril, Melor, Kota Bharu pada Khamis.

Artikel lain: Kanak-Kanak Autistik Lemas, Maut Selepas Terjatuh Ke Dalam Sungai

Susulan laporan ini, Nik Nazmi berkata pihaknya akan melakukan pemantaun bagi jerebu dalam negara dan rentas sempadan.

Jelasnya, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRECC) akan bekerjasama dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kerjasama ini dijalin untuk memantau paras air dan mereka mungkin terpaksa membuat pembenihan awan sekiranya perlu.

El Nino dijangka berterusan sehingga Julai

Foto: Kosmo Digital

Sementara itu, Nik Nazmi juga mengesahkan pihaknya juga telah menerima permintaan dari Kelantan dan syarikat air untuk melakukan pembenihan awan.

Bagaimanapun, menurutnya perkata itu akan diputuskan oleh METMalaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pembenihan awan tidak boleh dibuat suka-suka sebaliknya perlu memenuhi syarat tertentu. Malah kos pembenihan awan juga tinggi,” jelasnya.

Sumber: BuletinTV3

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd