Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Ekoran Permintaan Tinggi, Konsert Coldplay Mungkin Ditambah Sehari Lagi

Disebabkan permintaan yang tinggi, penganjur Live Nation Malaysia berkemungkinan konsert Coldplay: Music Of The Spheres di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan ditambah sehari untuk para peminat.

Menurut laporan Kosmo, Pengarah urusannya, Para Rajagopal bagaimanapun memberitahu banyak aspek yang perlu diambil berat bagi merealisasikan perkara tersebut.

“Segalanya ada kemungkinan. Perbincangan masih berjalan mengenai banyak perkara. Kami tak boleh cakap apa-apa lagi,” katanya.

Mana tidaknya, keputusan itu diambil kira selepas kumpulan terbabit mengumumkan bakal adakan konsert hari kedua di Koahsiung, Taiwan dan disebabkan itulah wujudnya petisyen dalam talian untuk konsert hari kedua ditambah.

Ekoran itu, para peminat Coldplay diminta untuk sentiasa peka terhadap apa-apa perkembangan yang bakal diumumkan di saluran-saluran penganjur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Difahamkan, lebih 700,000 tiket telah habis terjual dalam masa tiga jam sahaja pada 17 Mei lalu di dalam sistem pembelian tiket.

“Sangat berbeza dengan pembelian tiket penerbangan atau tempahan hotel. Tekanan menimpa keseluruhan infrastruktur digital cukup berlainan.
“Secara total, saya rasa kami tiada kawalan terhadap siapa berjaya dapat tiket dan pada jam berapa. Kami buka kepada sesiapa saja untuk masuk dalam sistem, tapi semestinya ada had tiket dijual,” ujarnya.

 

Sumber: Berita Harian (Georgie Joseph)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd