Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Ekonomi Semakin Meningkat, Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Di Asia

Ringgit merupakan satu-satunya mata wang di Asia yang semakin mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dengan pengukuhan sebanyak 2.16 peratus.

Menerusi satu hantaran di X, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata mata wang tempatan telah mengatasi prestasi dolar AS selama 10 hari berturut-turut, sekaligus menjadi prestasi terbaik dalam 14 tahun.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS di Asia

“Malah, prestasi ringgit juga mengatasi beberapa mata wang utama antarabangsa seperti pound British, RMB China dan Euro,” katanya.

Sementara itu, Rafizi turut berkongsi beberapa perkembangan ekonomi negara, termasuklah jumlah pelaburan asing yang semakin meningkat dan pertumbuhan ekonomi yang berkembang pada suku kedua 2024.

“Beberapa perkembangan terkini ekonomi negara, termasuk naratif ekonomi yang meyakinkan, pelaburan asing yang semakin meningkat, komitmen pengukuhan fiskal dan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang diunjur berkembang 5.8% pada suku kedua 2024, mata wang ringgit sedang menunjukkan tanda-tanda pengukuhan mendadak,” ujarnya.

Tambahnya, ini menjadi bukti bahawa hala tuju dasar kerajaan sedang berhasil dan mula menarik perhatian dan keyakinan pelabur semula untuk melabur ke negara ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Komitmen Kerajaan Perpaduan terhadap pembaharuan fiskal yang sukar dan perancangan ekonomi yang komprehensif telah menghasilkan satu naratif pertumbuhan ekonomi yang baharu.
“Bergerak ke hadapan, kita menjangkakan pemotongan kadar faedah pertama di Amerika Syarikat yang boleh berlaku seawal pertengahan September akan terus mengukuhkan lagi kedudukan ringgit,” jelasnya.

Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS

Bagaimanapun, Rafizi menegaskan beliau akan kekal dengan pelaksanaan dasar yang telah dirancang secara berkesan walaupun terdapat kata sepakat dalam kalangan firma penyelidikan bahawa ringgit akan terus mengukuh.

“Ekonomi dunia akan terus bergolak dalam masa terdekat yang akan terus mempengaruhi turun naik ringgit.
“Nilai ringgit hanya akan dapat dipertahankan dari ketidaktentuan global ini sekiranya ekonomi negara distrukturkan ke arah berteknologi tinggi untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan,” katanya.

Sumber: X Rafizi Ramli

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Sosial

Video seorang pak cik lempar petai atas jalan tular di media sosial apabila dipercayai kecewa selepas tidak dibenarkan berniaga di lokasi tersebut oleh penguat...

Nasional

Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini mengumumkan tempahan sebanyak 30 pesawat Boeing 737 MAX yang mana ia menjadi satu langkah strategik yang disaksikan oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd