Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Didakwa Tipu Jemaah Warga Emas, Ejen Pakej Haji Direman 4 Hari

Seorang lelaki berusia 60 tahun direman selama empat hari bermula 16 Jun sehingga 19 Jun bagi membantu siasatan kes penipuan pakej haji yang didakwa menyebabkan sekumpulan jemaah warga emas terkandas dan dikurung di Arab Saudi.

Menurut laporan Sinar Harian, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Fairuz Syuhada Amran di Mahkamah Majistret Seremban, selepas suspek ditahan sebaik tiba bersama kumpulan jemaah haji lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Ahad.

haji

Foto: Kosmo

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, suspek dipercayai terlibat dalam penipuan pakej haji melibatkan tiga beranak dari Mantin, masing-masing berusia antara 30-an hingga 60-an.

“Siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Polis tidak menolak kemungkinan wujud lebih ramai mangsa lain,” katanya.

Artikel lain: Rezeki tunai haji, ibu kongsi berita kehamilan anak – “Pergi berdua, pulang bertiga”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah beliau, polis sedang meneliti sama ada penipuan itu dilakukan atas kapasiti individu atau melibatkan sebuah agensi tertentu.

haji

Foto: Astro Awani

“Orang ramai yang menjadi mangsa dinasihatkan tampil membuat laporan bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan mencecah RM81,000, di mana setiap individu dikenakan bayaran kira-kira RM27,000 bagi menyertai pakej haji yang ditawarkan.

Sebelum ini, tular di media sosial kisah menyayat hati sekumpulan jemaah warga emas dari Malaysia yang mendakwa menjadi mangsa penipuan selepas tiba di Jeddah.

haji

Foto: Berita Harian

Mereka bukan sahaja terpaksa berjalan kaki melalui kawasan berbahaya tanpa sebarang dokumen sah untuk ke Makkah, malah turut dikurung dalam bilik gelap dan sempit serta diminta membayar lebih RM9,000 untuk mendapatkan semula barang peribadi yang dirampas.

Lebih memilukan, mereka mendakwa telah membayar sebanyak RM30,000 untuk pakej haji tersebut namun tetap tidak mendapat layanan seperti dijanjikan.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd