Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Duet Bersama Leona Lewis, Putri Ariani Menang Tempat Ke-4 America’s Got Talent

Penyanyi asal Indonesia, Putri Ariani yang berjaya menempatkan diri di pentas final America’s Got Talent (AGT) berjaya memenangi tempat keempat program berprestij tersebut.

Putri Ariani menang tempat ke-4

Memetik laporan dari Kompas, Putri Ariani atau nama sebenarnya Ariani Nisma Putri, 17 telah diumumkan sebagai pemenang tempat keempat oleh host program tersebut, Terry Crews selepas menerima keputusan undian dari penonton pada Rabu 27 September 2023.

Dia juga telah meminta pendapat daripada juri AGT, Simon Cowell berkenaan keputusan tersebut selepas dia menjadi individu yang bertanggunjawab memberikan Golden Buzzer kepada penyanyi berkenaan.

Pada akhirnya, ini adalah sebuah pertandingan Putri. Tapi tak ada yang akan melupakan fakta bahawa kamu adalah bakat yang luar biasa,” katanya.
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by America's Got Talent – AGT (@agt)

Penyanyi berkenaan juga juga berpeluang berduet dengan penyanyi tersohor, Leona Lewis dalam segmen Results Show.

Advertisement. Scroll to continue reading.

AGT musim ini telah dimenangi oleh pelatih anjing serta anjingnya iaitu Adrian Stoica and Hurricane. Manakala tempat kedua, Anna DeGuzman diikuti Putri Ariani dan tempat kelima, Ramadhani Brothers.

Terdahulu, remaja berasal dari Indonesia yang mengalami masalah penglihatan itu telah mendapat Golden Buzzer dari Simon Cowell.

Artikel lain: Gadis Buta Terima ‘Golden Buzzer’, Berjaya Tawan Hati Juri America’s Got Talent

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berita tersebut telah mengharumkan nama negara berkenaan sehingga tular di negara jiran memandangkan prestasi anak muda yang begitu membanggakan.

Sumber: Kompas .com

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Sosial

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd