Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Suspek Samun Taska Ditahan, Seorang Lagi Masih Diburu

Dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun bersenjata di sebuah taska di Pasir Panjang, Sabak Bernam berjaya diberkas polis pada Selasa lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan bahawa kedua-dua suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kelana Jaya dan Shah Alam.

Foto: Sinar Harian

“Siasatan awal suspek mengaku terlibat dalam kes itu.
“Polis telah merampas sebuah Perodua Bezza yang digunakan suspek dalam kejadian jenayah itu. Turut dijumpai sebilah parang sepanjang 72 sentimeter di dalam kereta itu,” katanya.

Menurut beliau lagi, pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemui sebilah parang berukuran 72 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian.

Lebih mengejutkan, semakan mendapati kereta berkenaan pernah dilaporkan hilang di kawasan Sungai Way, Petaling Jaya.

Tambah beliau, kedua-dua suspek juga didapati positif dadah serta memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan samun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 9.35 pagi Isnin lalu, tiga lelaki bersenjatakan parang telah menceroboh masuk ke sebuah taska dan melakukan samun ke atas staf bertugas.

Foto: Kosmo

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad, kejadian berlaku ketika dua guru wanita dan seorang pembantu dapur sedang menunggu ketibaan kanak-kanak.

Salah seorang guru wanita turut ditampar oleh suspek dalam kejadian yang mencemaskan itu, dan antara barangan yang dilarikan termasuk dua utas rantai emas dan sebuah telefon bimbit milik dua guru berkenaan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana kesalahan samun berkumpulan bersenjata.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes ceroboh kuil di Rawang, Selangor pada Rabu, lapor Bernama. Kes ceroboh kuil di Rawang Ketua Polis...

Lokal

Mahkamah Tinggi di Melaka mengetepikan hukuman denda RM1,500 terhadap seorang pengawal keselamatan yang mengaku mencuri susu tepung dan beberapa barangan lain di sebuah pusat...

Lokal

Penemuan baharu melibatkan anggota badan dan kepala dipercayai milik seorang wanita ditemukan di Taman Indah Permai, Sepanggar, pada pagi Khamis. Sebelum ini, beberapa anggota...

Lokal

Universiti Malaya (UM) memulakan siasatan dalaman susulan dakwaan di media sosial yang mengaitkan seorang pensyarah kanan institusi itu dengan gerakan Freemason. Dakwaan pensyarah terlibat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd