Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Dua Suspek Samun Rumah Pemain Bola Sepak Berjaya Diberkas, Tiada Kaitan Dengan Insiden Lain

Dua Suspek Samun Rumah Pemain Bola Sepak

Dua suspek samun rumah pemain bola sepak Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee  berjaya diberkas di Marang, Terengganu pada 26 Jun lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan dua suspek berusia 28 dan 33 tahun itu juga sekali gus mengesahkan kes pecah rumah pemain bole sepak tersebut tidak mempunyai kaitan dengan insiden yang membabitkan beberapa pemain bola sepak lain.

Dua Suspek Samun Rumah Pemain Bola Sepak

Foto: Buletin TV3

“Suspek ditangkap selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika sedang dijejak pasukan polis.
“Hasil soal siasat mendapati kedua-dua suspek terlibat dalam sembilan kes pecah rumah, melarikan kenderaan dan samun di sekitar Selangor (dua kes), Terengganu (tiga kes), Pahang (dua kes) dan Melaka (dua kes),” katanya.

Beliau juga berkata, pihaknya turut merampas beberapa barangan lain termasuk sebuah kereta Honda City, sebuah motosikal Yamaha Y15ZR, beg pelbagai jenis dan jenama, telefon bimbit serta komputer riba yang mana keseluruhan barang rampasan dianggarkan bernilai dalamRM55,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Kosmo

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah Methamphetamine dan mereka dipercayai aktif sejak awal tahun ini.
“Polis kini dalam tindakan untuk melengkapkan siasatan dan akan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” ujar beliau.

Sebelum ini, polis melaporkan kediaman pemain pertahanan Gergasi Merah tersebut dipecah masuk ketika beliau keluar untuk menjalani latihan di Pusat Latihan Selangor pada 23 Mei lalu.

Berdasarkan laporan polis, Khuzaimi kehilangan sebuah motosikal, empat beg pelbagai jenama dan pasport antarabangsanya.

Artikel lain: Seorang Lagi Mangsa Jenayah Dari Selangor FC, Rumah Khuzaimi Piee Pula Dipecah Masuk

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dua Suspek Samun Rumah Pemain Bola Sepak

Foto: football-tribe.com

Untuk makluman, terdapat juga beberapa insiden membabitkan pemain bola sepak turut berlaku sebelum kejadian pecah ruma itu termasuk pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim yang cedera akibat disimbah asid, pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid mengalami kecederaan di kepala dan kaki akibat disamun dan bekas pemain kebangsaan, Safiq Rahim turut menerima padah apabila cermin keretanya dipecahkan oleh individu tidak dikenali.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd