Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Penuntut Universiti Maut Terjatuh Dalam Tempoh 24 Jam Di Kondominium Sama

Dua penuntut  universiti maut selepas dipercayai terjatuh dari tempat tinggi dalam dua insiden berasingan yang berlaku pada hari sama dalam tempoh 24 jam di sebuah kondominium di Taman Melati, di sini pada Rabu.

Dua penuntut universiti jatuh dalam kejadian berasingan

dua penuntut universiti

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 6.45 pagi apabila seorang penuntut wanita berusia 22 tahun ditemui meninggal dunia di laluan belakang bangunan selepas dipercayai jatuh dari tingkat 22. Pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan kematian mangsa.

Artikel lain: Kanak-Kanak Empat Tahun Maut, Terjatuh Dari Tingkat Lapan

Tidak sampai 24 jam kemudian, sekitar jam 8.30 malam, seorang lagi pelajar lelaki berusia 21 tahun turut ditemui maut selepas dipercayai jatuh dari bahagian paling tinggi kondominium sama yang menempatkan sebuah kafetaria.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun kedua-dua kejadian berlaku dalam tempoh singkat dan melibatkan penuntut universiti yang sama, pihak polis memaklumkan insiden tersebut tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.

dua penuntut universiti

Foto: Kosmo!

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sumber: Sinar Harian

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Nasional

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba kaedah yang dikenali sebagai ‘tidur enam saat’, kerana ia bukan tidur sebenar dan boleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd