Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Pekerja Kontrak Maut, Kren Terbalik Semasa Kerja Mengecat

Dua pekerja kontrak warganegara Indonesia maut dalam kejadian mengejutkan apabila kren yang mereka naiki terbalik ketika membuat kerja-kerja mengecat di kawasan pembinaan di Putrajaya.

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed, mendedahkan insiden berlaku kira-kira jam 9.20 pagi di Blok A, Fasa 4C, Presint 8.

“Pusat Kawalan Daerah (DCC) Putrajaya telah terima panggilan daripada orang awam pada jam 9.40 pagi memaklumkan berlaku satu kemalangan melibatkan satu kren terbalik di Blok A, Fasa 4C, Presint 8,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa, Sukawan Wilkhan, 54, meninggal dunia terus di tempat kejadian, manakala Danianto Yusak, 53 , meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seorang rakan sekerja mereka, Yasin, 56, mengalami kecederaan teruk dan kini menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Menurut Aidi Sham, siasatan awal mendedahkan kemalangan berpunca daripada ‘jack hidraulik’ jentera yang tenggelam dalam tanah, menyebabkan kren kehilangan keseimbangan dan terbalik.

Ketika kejadian, ketiga-tiga pekerja sedang berada di atas ‘bucket kren’ untuk melakukan kerja-kerja mengecat bangunan di kawasan tanah lapang tidak berturap.

Pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya menggerakkan seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 dan Presint 14 untuk mengendalikan operasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Komander operasi mengarahkan anggota membantu pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan pihak polis mengangkat mangsa untuk dibawa masuk ke dalam ambulans dan kenderaan polis.
“Seterusnya anggota melakukan kerja-kerja pembersihan tumpahan cat di lokasi kejadian,” katanya.

Foto: Sinar Harian

Anggota bomba turut memberikan bantuan kecemasan dengan melakukan CPR ke atas mangsa pada peringkat awal kejadian.

Operasi penyelamatan yang melibatkan tujuh jentera itu berjaya diselesaikan pada jam 10.57 pagi.

Sumber: Buletin TV3 (Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd