Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dua Minit Bertarung Nyawa, Pengunjung Hampir Jatuh Buaian Kabel Di Turkiye

Seorang pengunjung hampir jatuh dari buaian kabel di lokasi pelancongan popular sukan musim sejuk di Uludag National Park, Istanbul, Turkiye.

Nampak lelaki hampir jatuh buaian kabel

Memetik laporan Sinar Harian, detik cemas itu sempat dirakam seorang rakyat Malaysia semasa melancong ke negara terbabit pada Sabtu lalu.

Nik Ali Nik Muhammad, 33, yang juga pemandu pelancong Dabong, Kuala Krai berkata, dia dalam siri jelajah ke-16 negara dunia dan tiba di Turkiye pada hari ke-30 lawatan solonya.

hampir jatuh buaian

Artikel lain: Terberak Dalam Seluar, Peminat Mohon Maaf Susahkan Orang Ramai Hidu Bau

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kedua-dua belah tangan hanya berpaut pada besi

Cerita Nik Ali, dia sedang duduk di kerusi sambil menikmati pemandangan Gunung Uludag  semasa mengunjungi pusat sukan ais dan luncur salji tersebut.

Bagaimanapun, dia tidak sangka melihat detik mencemaskan apabila seorang pengunjung lelaki hampir terjatuh dari buaian kabel tersebut.

“Kedua-dua belah tangan lelaki itu hanya berpaut sedikit pada besi buai dan dia hampir terjatuh di ketinggian anggaran lapan hingga 10 meter.
“Ngeri sungguh tengok depan mata saat-saat dia bertahan, kalau terlepas genggaman, boleh patah kaki atau tulang rusuk,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
@nikalinikmuhammad

Aku dipanggil pihak polis Turkey untuk memberi kerjasama sebagai saksi utama. Alhamdulillah semua baik-baik shj. Ngeri sungguh tengok depan mata punya la struggle brader tu bertahan. Kalau terlepas confirm patah kaki atau patah tulang rusuk. Nasib baik aku rakam video ni soal siasat jadi ringkas, lepas semua setel ramai yang cari aku sebab nak video ni😁 Mengikut pengalaman aku Kalau dia jatuh confirm patah kaki tak pom tulang rusuk.🩼🩼 Sat 17 feb 2024 #balkantrip

♬ original sound – Shane Trainor

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selamat selepas bertarung nyawa

Dia bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila pengunjung tempatan dari negara Turkiye itu selamat dan berjaya melompat ke jaring dengan bantuan staff di penghujung stesen kabel.

Difahaman, pengunjung lelaki berkenaan bertarung nyawa di buaian kabel berkenaan kira-kira dua minit sebelum berjaya diselamatkan.

“Alhamdulillah semua baik-baik sahaja dan saya juga baru tiba di Kelantan selepas menaiki penerbangan dari Turkiye-Qatar-Kuala Lumpur.
“Nasib baik saya rakam kejadian tu, soal siasat jadi ringkas dan selepas semua selesai, ramai yang cari saya sebab nak dapatkan video ini,” katanya.

jatuh buaian

Setakat ini, rakaman video dikongsikan oleh Nik Ali di platform TikTok mencanak sehingga 11 juta tontonan, selain mendapat perhatian dari agens media antarabangsa seperti CNN, Fox dan ESPN.

Sumber: TikTok @nikalinikmuhammad, Sinar Harian (Adila Sharinni Wahid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Nasional

Seramai 215,600 pelarian dan pencari suaka direkodkan berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia setakat Februari lalu, lapor Harian...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun maut dipercayai akibat ditikam dalam satu pergaduhan di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, awal pagi semalam. Ketua Polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd