Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Penunggang Motosikal Maut, Dua Lagi Parah Langgar Lampu Isyarat

Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera parah dalam satu kemalangan membabitkan tiga buah motosikal dan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Kampung Raja Uda, Klang awal pagi semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa memaklumkan kejadian berlaku sekitar jam 4.10 pagi, melibatkan sebuah Perodua Axia dan tiga motosikal.

Langgar lampu isyarat

Langgar lampu isyarat

Foto: Media Sosial

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta berkenaan sedang membelok ke kanan di persimpangan lampu isyarat yang menunjukkan hijau.
“Pada masa sama, sekumpulan penunggang motosikal dipercayai samseng jalanan melanggar kenderaan itu ketika mereka meluncur laju dari arah Klang menuju Pelabuhan Klang, walaupun lampu isyarat merah,” katanya.

Akibat perlanggaran itu, seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Artikel lain: Tunggu Giliran Nak Naik, Pelajar UUM Maut Dihimpit Bas Kampus

Dua lagi mangsa yang cedera parah ialah seorang operator kilang yang berumur 22 tahun yang mengalami kecederaan di badan dan kaki serta seorang pelajar berusia 16 tahun yang mengalami kecederaan parah pada kaki kanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Langgar lampu isyarat punca kemalangan

Langgar lampu isyarat

Foto: Media Sosial

Kedua-duanya kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahiman (HTAR), Klang.

Sementara itu, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ramli turut mengesahkan bahawa ketiga-tiga penunggang motosikal terbabit dipercayai terlibat dalam aktiviti samseng jalanan.

Kes diasiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Khairulnizam Abdul Talib di talian 010-2522144.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Ruwaida Md Zain)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Lokal

Seorang ibu tunggal terkilan dengan tindakan sebuah sekolah yang menghalang anak sulungnya, Solehah Azzahra Nazri, 12, seorang murid autisme, daripada bersekolah tanpa alasan yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd