Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Lagi Kematian Baharu Jemaah Haji Malaysia Di Tanah Suci

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman memaklumkan dua lagi kematian terbaharu melibatkan jemaah haji Malaysia yang berada di Tanah Suci, menjadikan jumlah keseluruhan adalah seramai empat orang.

Menerusi satu laporan Sinar Harian, Syed Saleh berkata, kedua-dua jemaah haji tersebut meninggal dunia di Hospital Arab Saudi pada 3 dan 4 Jun lalu.

Foto: Sinar Harian

“Tabung Haji (TH) mengucapkan takziah kepada waris jemaah dan kami mendoakan agar segala amal ibadatnya diterima ALLAH SWT.
“TH akan menguruskan badal haji bagi kesemua empat jemaah haji yang meninggal dunia dan kesemuanya adalah kali pertama mengerjakan ibadah haji.
“Segala pembiayaan badal haji ini akan ditanggung oleh Tabung Kebajikan Jemaah Haji Malaysia yang diuruskan oleh TH,” katanya.

Beliau berkata, kematian ketiga melibatkan seorang jemaah lelaki, Ghazali Ahmad (71) disebabkan kegagalan buah pinggang dan pembuluh darah di perut tersumbat, manakala kematian keempat pula jemaah wanita, Noormadiah Mat Ali (53) akibat kegagalan fungsi organ akibat jangkitan kuman paru-paru.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Astro Awani

“Allahyarham Ghazali yang berasal dari Kedah dikebumikan di Tanah Perkuburan Syuhada Al-Haram, manakala Noormadiah yang berasal dari Terengganu dikebumikan di Tanah Perkuburan Syaraiee,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Haji TH itu turut memberitahu jumlah jemaah yang sedang menerima rawatan adalah seramai 52 orang, dimana 43 jemaah ditempatkan di Pusat Rawatan TH dan sembilan lagi di Hospital Arab Saudi.

“Hampir kesemua jemaah haji Malaysia yang sedang dirawat berada dalam keadaan yang stabil.

Foto: FB TH

“Jemaah yang mendapat rawatan ini disebabkan masalah pernafasan seperti jangkitan kuman paru-paru dan lain-lain penyakit seperti masalah jantung, gangguan emosi (psikiatri), dan sakit otot dan sendi,” jelas beliau.

Beliau turut menasihati jemaah haji Malaysia supaya minum air yang mencukupi dan tidak terlalu mendedahkan diri dengan cuaca panas untuk mengelakkan berlaku strok haba.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Riswandi Razak)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd