Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Beradik Maut Pulang Beraya, Ibu Reda Pemergian Anak-Anak Tersayang

Keceriaan Syawal bertukar duka buat seorang ibu tunggal apabila dua anaknya maut dalam satu kemalangan di lampu isyarat Simpang Empat Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, malam tadi.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa, Nuraisyah Amalin Zaibur, 20, dan adiknya Ammar Saifullah, 15, dilaporkan terlibat dalam nahas ketika menunggang motosikal Honda selepas pulang beraya dari Bukit Tiram selepas motosikal mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam.

Foto: Sinar Harian

Ibu mangsa, Asilah Minhat, 38, berkata beliau reda dengan kehilangan dua anak tersayang meskipun masih dilanda kesedihan yang mendalam.

“Sebelum kejadian, dua anak saya ini tiada sebarang perubahan sikap…sama sahaja. Saya reda dengan pemergian mereka berdua, sudah puas menangis,” kata ibu tunggal itu ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), hari ini.

Menurut Asilah, Nuraisyah Amalin baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), manakala adiknya, Ammar Saifullah merupakan pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Ulu Tebrau.

Foto: FB Info-info semasa

Jenazah kedua-dua mangsa selamat dikebumikan selepas solat Zohor hari ini di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Felda Ulu Tebrau.

Tragedi ini nyata menyentuh hati ramai, terutama ketika sambutan Aidilfitri masih lagi berlangsung, mengingatkan kita semua betapa nyawa itu pinjaman yang tiada ternilai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 penuh meriah dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 berjumlah...

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd