Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Beradik Lemas: Ibu OKU Lembam Belum Sedar Anak Sudah Tiada

Tragedi lemas yang meragut nyawa dua beradik di Sungai Jeram Hulu, Kuala Terengganu pada petang Selasa turut menyentuh hati ramai apabila ibu kandung mangsa yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) lembam masih belum memahami bahawa kedua-dua anaknya telah meninggal dunia.

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa Nur Afiqah Shahirah Mohd Shawalluddin, 15, dan adiknya Nur Shahila Shahirah Azman, 12, dilaporkan tinggal bersama nenek sejak kecil selepas ibu mereka Suria Sulong, 34, berpisah dengan suami.

Foto: Bernama

Nenek mangsa, Esah Salleh, 76, berkata, Suria yang juga ibu tunggal tidak menyedari sepenuhnya kejadian menimpa anak-anaknya disebabkan keadaan dirinya.

“Mak mereka tak tahu anak-anak dia dah meninggal. Suria OKU lembam dan anaknya (mangsa umur 15 tahun) juga mewarisi keadaan yang sama, tapi adiknya normal.
“Mereka berdua ni memang tinggal bersama saya di Kampung Jeram sejak kecil lagi selepas Suria berpisah dengan suaminya,” katanya.

Foto: Bernama

Menurut Esah, sebelum kejadian kedua-dua cucunya keluar dari rumah untuk pergi ke rumah rakan sebelum dia dimaklumkan orang ramai mengenai insiden lemas itu.

“Saya sangat terkejut apabila diberitahu cucu lemas di sungai. Kehilangan mereka amat dirasai kerana saya yang menjaga mereka dari kecil dan kami sangat rapat,” ujarnya.

Dalam kejadian itu, mayat dua beradik terbabit ditemukan pasukan penyelamat berhampiran lokasi mereka dilaporkan hilang.

Foto: Bernama

Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) menemui kedua-dua mangsa pada kedalaman kira-kira empat meter dan sekitar 20 meter dari lokasi kejadian.

Jenazah mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) untuk tindakan lanjut.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Bisnes

Gergasi automotif global Volkswagen dilaporkan merancang langkah penstrukturan semula terbesar dalam sejarah syarikat dengan mengurangkan sehingga 100,000 pekerja di seluruh dunia serta menutup empat...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd