Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Dua Bekas PM, Dr Mahathir Dan Najib Di Mahkamah Sama Hari Ini

Sukar dan jarang dapat kita saksikan, apabila dua seteru politik tanah air, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak bertembung dalam prosiding kes di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini.

Memetik laporan Berita Harian, dua figura politik tersebut turut mengundang kehadiran penyokong daripada kedua-dua bekas Perdana Menteri itu di luar mahkamah seawal 7 pagi.

Foto: Carian Google

Dr Mahathir dan Najib yang sebelum ini memang diketahui sebagai seteru politik dijangka menghadiri kes masing-masing di Mahkamah Tinggi di bawah satu bumbung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Najib dijangka menghadiri prosiding keputusan empat kes menggunakan kedudukan untuk suapan hampir RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram babit wang sama.

Foto: Berita Harian

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini hakim Mahkamah Rayuan) dijadualkan membaca keputusan itu pada jam 9 pagi.
Jika mahkamah mendapati pihak Timbalan Pendakwa Raya berjaya membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan, maka Najib akan diperintah membela diri.
Bagaimanapun, Najib, 71, akan dilepaskan dan dibebaskan serta-merta sekiranya keputusan tidak memihak kepada pendakwaan, kerana gagal membuktikan kes prima facie.
Sementara itu, Dr Mahathir pula akan meneruskan keterangannya dalam saman fitnahnya terhadap Presiden UMMO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataannya pada 2017 berhubung nama Kutty.
Foto: Berita Harian
Perbicaraan itu dijadual bermula jam 10 pagi di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong.
Pada 16 Oktober lalu, kes saman Dr Mahathir itu ditangguhkan selepas beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana jangkitan paru-paru.
Bekas Ahli Parlimen Langkawi berusia 99 tahun itu mendapatkan rawatan di IJN pada petang Selasa dan diberi cuti sakit selama 12 hari.
Sumber: Berita Harian (Raja Noraina Raja Rahim dan Suraya Roslan)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd