Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Dua Anggota Polis Disyaki Samun, Perkosa Pelajar Kolej Swasta

Dua anggota polis ditahan selepas disyaki melakukan jenayah samun dan perkosa seorang pelajar kolej swasta dalam kejadian di Bukit Ampang View pada Selasa lalu.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu pihaknya menerima dua laporan polis berkaitan kejadian berkenaan daripada seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing.

Dua anggota polis samun dan perkosa pelajar

Artikel lain: Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Dituduh Ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Jelasnya, kejadian dipercayai berlaku pada 10.09 malam dimana kedua-dua mereka telah ditahan dua lelaki lengkap beruniform dan membawa pengadu serta rakannya ke lokasi berasingan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Salah seorang suspek telah bertindak merogol mangsa wanita, manakala mangsa lelaki dibawa ke bank kerana perlu menjelaskan bayaran yang diminta kedua-dua suspek atas kesalahan lalu lintas,” katanya pada kenyataan media, semalam.

Difahamkan, Hussein memaklumkan dua kertas siasatan dibuka mengikuti Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan berhubung kejadian tersebut.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

“Bagi kesalahan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan pula memperuntukkan hukuman penjara maksima 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat,” katanya.

Dalam pada itu, Hussein menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan boleh hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Ampang Jaya di talian 03-42897222 bagi membantu siasatan.

Sumber: Facebook @Polis Selangor

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Siapa sangka, pencuci mulut ikonik Malaysia kini boleh ditemui jauh di bumi Sweden. Ais kacang RM28 Baru-baru ini, tular di TikTok menerusi perkongsian @wawawandering...

Sosial

Seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Norman Goh menceritakan pengalaman melanjutkan pengajian di universiti idamannya biarpun gagal pada percubaaan pertama. Menerusi perkongsian di Facebook,...

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan. Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik...

Lokal

Sebak dan terharu. Seorang bapa kepada 10 anak menangis teresak-esak sambil sujud syukur di atas pentas selepas lapan anaknya menerima sijil kelahiran secara rasmi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd