Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dr Zulkifli Lelong Jam Rolex, Hasil Bidaan Disalurkan Kepada Palestin

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri lelong jam tangan Rolex pemberian Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud berjumlah RM40,000.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh beliau di laman Facebooknya, beberapa buah gambar dikongsikan sebagai rujukan buat orang ramai.

Dr Zulkifli lelong jam tangan Rolex

Artikel lain: CEO Telegram Tetap Pendirian, Tak Akan Sekat Hantaran Mengenai Palestin

“Dengan menjunjung titah itu dan meraikan kesungguhan kerajaan Arab Saudi menyalurkan sumbangan berbilion dolar kepada Palestin saban tahun, saya ingin membuka bidaan jam Rolex kesayangan ini dengan harga tapak RM40,000.
“Kenaikan bermula RM100 ke atas. Bidaan akan ditutup pada 31 Oktober 2023 jam 12 tengah malam ini,” katanya.

Difahamkan, sehingga jam 12:35 tengah hari tadi jumlah bidaan tertinggi berjumlah RM95,000 dan bidaan akan ditutup pada esok hari jam 12.00 tengah malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Dr Zulkifli mengatakan sebelum ini beliau tidak mengetahui kandungan hadiah pemberian Raja Salman pada Februari 2017 itu sehinggalah ia dibuka pada tahun 2021.

“Kisahnya bermula pada Februari 2017 apabila saya mendapat panggilan mengejut ketika sedang menghadiri mesyuarat sebagai Panel Penasihat Syariah Bank Negara.
“Saya diminta oleh kerajaan Malaysia selaku Mufti Wilayah Persekutuan untuk mewakili semua mufti dan ulama Malaysia menyampaikan ucapan di hadapan Raja Saudi, Raja Salman dalam kunjungan hormatnya ke Malaysia,” katanya.

Pihak Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia telah menghubungi beliau untuk memberitahu mengenai hadiah tersebut dan meminta pegawai untuk mengambilnya.

“Saya tidak buka kotak cenderamata itu. Ia disimpan di pejabat saya di Putrajaya sehinggalah saya dilantik sebagai Menteri.
“Semasa saya menjawat jawatan Menteri, kotak terbabit dipindahkan ke pejabat kedua saya di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.
“Apabila saya meletak jawatan sebagai Menteri pada 2021, kotak itu dipindahkan ke pejabat peribadi saya. Di sana barulah saya membukanya sebagai tanda penghargaan atas derma kurnia daripada Raja Arab Saudi,” ujarnya lagi.

Sumber: Facebook @Dr Zulkifli

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Bekas tunang selebriti Indonesia, Lucinta Luna kembali menjadi bualan hangat ramai apabila dia dikatakan bertukar karier baharu sebagai bintang porno selain menawarkan perkhidmatan seks....

Spotlight

Selebriti terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) yang bakal melangsungkan perkahwinan di Bali bersama jejaka pilihan hatinya, Tiko Aryawardhana dikhabarkan mendapat restu sepenuhnya daripada...

Politik

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dinobatkan sebagai ‘Bapa Malaysia’ atas sumbangan beliau dalam isu berkait Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Memetik laporan Harian...

Dunia

Baru-baru ini, tular di laman sosial seorang tawanan Israel memberikan sepucuk surat buat Briged Al-Qassam sebagai tanda penghargaan. Menerusi sepucuk surat yang telah mula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.