Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dr Zakir Naik Akan Pulang Ke Malaysia, Nafi Ditahan Di Oman

Penceramah bebas yang menetap di Malaysia, Dr Zakir Naik dilaporkan akan kembali ke negara ini dalam masa terdekat dari Muscat, Oman.

Menurut laporan Berita Harian, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Zakir memaklumkan, penceramah berusia 57 tahun itu masih mempunyai program di negara tersebut.

“Dia (Zakir Naik) akan pulang dalam masa terdekat selepas selesai semua program di sana,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Akberdin berkata, penceramah berasal dari India itu berada dalam keadaan selamat dan diberi layanan yang baik sepanjang berada di sana, malah bukan ditahan seperti dakwaan segelintir pihak.

“Zakir juga memaklumkan, laporan yang mendakwa penahanannya sekadar berita rekaan,” ujar Akberdin.

Beberapa hari lalu, media melaporkan Zakir atau nama penuhnya Zakir Abdul Karim Naik yang menjadi buruan di India tiba di Oman untuk menyampaikan ceramahnya selepas tarawih yang berlangsung semalam dan esok.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, beliau berdepan dakwaan mahkamah di India berhubung pengubahan wang haram, menyokong aktiviti keganasan dan mencetuskan ketegangan agama.

Malah, kerajaan India dilaporkan pernah menghantar permohonan rasmi bagi mengekstradisinya pada Januari 2018.

Sumber: Berita Harian (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd