Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dr. Suzana Wanita Pertama Dilantik Sebagai Pengarah Besar Baharu FELDA

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengumumkan pelantikan Datuk Dr. Suzana Idayu Wati Osman sebagai Pengarah Besar yang baharu.

Menerusi satu kenyataan, FELDA menyatakan pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Amiruddin  Abdul Satar yang telah menamatkan perkhidmatannya pada 14 Oktober lalu.

Dr. Suzana sebagai wanita pertama yang dilantik untuk memegang jawatan tersebut, membuktikan kemampuan wanita dalam menggerakkan pembangunan ekonomi negara.

“Langkah ini seiring dengan aspirasi kerajaan untuk memperkasakan penyertaan wanita dalam semua sektor sebagai pemacu utama ke arah Malaysia yang progresif dan mampan,” katanya hari ini.

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau merupakan tokoh berpengalaman dalam pelbagai sektor strategik. Kerjaya beliau bermula di FELDA sejak 1998 sehingga 2008, kemudian di FGV Holdings Berhad sebagai Timbalan Ketua Eksekutif Kumpulan, sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Pelaburan PERKESO.

Dengan pengalaman melebihi 30 tahun dalam sektor perladangan, perbankan, kewangan, pelaburan dan pengurusan aset, beliau telah berkhidmat sebagai pegawai kanan dan ahli lembaga pengarah di lebih 35 organisasi tempatan dan antarabangsa.

Dr. Suzana juga pernah menjadi Pengerusi Malaysian Sustainable Palm Oil(MSPO) dan ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA).

Beliau memegang beberapa jawatan penting sebagai ahli Lembaga Pengarah dalam Kumpulan FELDA termasuk FGV Holdings, MSM Holdings dan Encorp Berhad serta turut dilantik sebagai Pengerusi IIUM Holdings Berhad dan menganggotai Lembaga Pengarah Private Pension Administrator.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dr. Suzana yang memperoleh Doktor Falsafah dan Sarjana dalam Kewangan dari Universiti Putra Malaysia, Ijazah dalam Pengajian Perniagaan dari Huddersfield University, UK, serta Advance Management Program dari Harvard Business School, USA, dijangka mampu memperkasakan lagi strategi dan daya saing FELDA.

“Dengan pelantikan ini, FELDA yakin bahawa Dato’ Dr. Suzana akan membawa FELDA ke arah pencapaian baharu dan memberi impak positif yang berkekalan kepada 112,638 keluarga peneroka serta generasi masa depan mereka di seluruh negara,” ujar FELDA lagi.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd