Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Dr Maza Hargai Tindakan PM, Tinggal Pentas Untuk Salam & Peluk ketika Bertemu

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah turun ke negeri Perlis dan menghadap menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jumpa penjawat awam di Perlis

Selain ke istana, beliau turut melakukan beberapa pertemuan termasuklah bersama Penjawat Awam Negeri Perlis  di Dewan 2020 yang dihadiri Menteri Besar Perlis iaitu Mohd Shukri Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bertemu Dr Maza

Walau bagaimanapun, gambar beliau berpelukan dengan Mufti Negeri Perlis, Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin atau dikenali sebagai Dr. Maza telah menarik perhatian ramai.

Mana tidaknya, Anwar yang ketika itu sedang berada di atas pentas untuk memberikan ucapan telah turun serta merta dan bertemu dengan Mufti Negeri Perlis itu sebelum bersalaman serta berpelukan.

View this post on Instagram

A post shared by Prof Dr MAZA (@drmaza_official)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kapsyen yang disertakan oleh Dr Maza, beliau sangat menghargai tindakan spontan Anwar yang meninggalkan pentas untuk menemuinya.

Jelasnya lagi, MB Perlis ada menyatakan yang perdana menteri bertanyakan perihalnya sewaktu bersama-sama menaiki kenderaan sebelum mempelawanya ke Kuala Lumpur untuk bersembang kelak.

Titip nasihat tentang kewajiban taat kepada pemimpin yang baik

Di akhir perkongsian tersebut, Dr Maza juga ada menitipkan nasihat yang menjelaskan kewajiban seseorang Muslim untuk mentaati pemerintah yang tidak melakukan perkara mungkar.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mentaati sesiapa sahaja yang menjadi pemerintah dalam perkara yang tidak mungkar adalah kewajipan seorang muslim. Itu adalah arahan Nabi s.a.w

“Dalam masa yang sama saya cuba mengingatkan diri dengan nasihat tokoh tabiin yang besar Abu Hazim Salamah bin Dinar kepada Khalifah Sulaiman bin ‘Abd al-Malik:

ولو أن علماءهم زهدوا فيما عند الأمراء لرغب الأمراء في علمهم، ولكنهم رغبوا فيما عند الأمراء فزهدوا فيهم , وهانوا في أعينهم
“Jikalau ulama tidak menginginkan “apa yang ada (keduniaan) di sisi para pemerintah, nescaya para pemerintah akan menginginkan ilmu mereka. Namun apabila para ulama menginginkan apa yang ada (keduniaan) di sisi para pemerintah maka para pemerintah pun tidak menginginkan ilmu mereka dan hinalah ulama di mata mereka..” tulis Dr Maza.

Antara momen yang ditunggu ramai

Perkongsian tersebut nyata membuatkan warganet berasa kagum dan ada mengatakan yang mereka sudah lama menanti momen tersebut.

Mereka juga berasa seronok kerana dua tokoh penting negara saling berhubung dengan baik dan memberi contoh kepada rakyat.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dua tokoh inspirasi

Akhlak yang harus dicontohi

Tahniah! Sambut pemimpin dengan baik

 

Sumber: Instagram Anwar Ibrahim, Dr Maza

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sosial

Isu pempengaruh Ammar Nazhan yang didakwa menyiarkan secara langsung perlawanan Piala Dunia 2026 di TikTok terus menjadi perhatian ramai apabila orang ramai mempersoalkan tindakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd