Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dr Mahathir Dedah Salinan Asal Kad Pengenalan, Dokumen Peribadi Keluarga

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beberapa salinan dokumen peribadi, termasuk kad pengenalan lama miliknya, isteri dan empat anaknya, serta surat beranak asal untuk membuktikan nama sebenarnya.

Foto: MalaysiaGazette

Menurut laporan Harian Metro, beliau berbuat demikian semasa sidang media selepas memberikan keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkannya terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi hari ini.

Dr Mahathir mendedahkan bahawa kesemua salinan dokumen tersebut diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini adalah kad pengenalan yang sebenar, bukan seperti yang Ahmad Zahid tunjukkan di telefon bimbitnya. Kad pengenalan (dahulu) nama pemilik berada di belakang.
“Dalam telefon bimbit, macam-macam gambar boleh dimuat naik dan ia tidak boleh diterima secara rasmi untuk memperakui kebenarannya,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa kesibukannya menguruskan negara ketika menjadi Perdana Menteri adalah antara sebab tindakan saman tidak dimulakan lebih awal.

Dr Mahathir menjelaskan bahawa saman terhadap Ahmad Zahid dilakukan kerana ucapannya memberi kesan lebih mendalam, memandangkan beliau ketika itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Presiden Umno berbanding individu lain yang turut membuat kenyataan sedemikian.

Pada 20 Julai 2022, beliau memfailkan saman terhadap Ahmad Zahid, mendakwa defendan mengeluarkan kenyataan palsu, berbaur fitnah, dan berniat jahat yang merujuk kepadanya semasa Mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.

Beliau percaya kenyataan tersebut merujuk kepadanya melalui ungkapan seperti ‘orang itu’, ‘dia’, dan ‘Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau mendakwa kenyataan itu menyebabkannya terdedah kepada kebencian masyarakat dan menjejaskan kredibiliti kepimpinannya kerana kenyataan itu menggambarkan dirinya sebagai seorang pembohong, tidak boleh dipercayai, mementingkan diri, tidak beretika dalam memegang jawatan awam, dan tidak layak menjadi pemimpin.

Prosiding di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Gan Techiong akan bersambung pada hari Isnin.

Sumber: Harian Metro (Ilah Hafiz Aziz)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pengasas syarikat kosmetik, Cubre Mi, Afzalizah Nizam Azizan menjadi perhatian warganet setelah menyediakan hadiah barangan mewah buat anaknya sempena sambutan Hari Guru yang diadakan...

Nasional

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) meneruskan kesinambungan Program Bicara Eksekutif 2025 dengan topik hangat semasa — Kenaikan Tarif dan Dampaknya Kepada Ekonomi Malaysia. Program ilmiah...

Nasional

Kerajaan bersetuju melanjutkan Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0) bermula 19 Mei ini hingga 30 April tahun depan khusus untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah...

Sukan

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di Terbuka Thailand setelah berjaya memperoleh kejuaraaan berganda pada musim ini di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd