Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dr Akmal Saleh Kena Tahan Di IPD Kota Kinabalu, Mohon Doa Dipermudahkan

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh telah ditahan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan masih berpegang teguh dengan pendiriannya lantaran isu boikot KK Mart.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook miliknya, beliau telah memaklumkan bahawa pihak IPD Kota Kinabalu telah menahannya pagi ini meskipun dijadualkan memberi keterangan di IPD Dang Wangi, esok.

“Saya telah ditahan di IPD kota kinabalu pagi ini walaupun telah dijadualkan utk memberi keterangan esok di IPD dang wangi,” katanya.

Walau bagaimanapun, Akmal berkata bahawa kerjasama akan diberikan sepenuhnya di samping berharap agar segala urusannya dipermudahkan.

“Doakan semuanya dipermudahkan. Tidak akan berganjak walau seinci dengan pendirian kita,” ujarnya.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau ini juga menegaskan dirinya akan terus berpegang teguh tanpa melakukan sebarang perubahan rentetan isu yang tular sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, beliau juga ada berkongsi satu video yang memperlihatkan dirinya ketika ditahan oleh pihak IPD Kota Kinabalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

https://www.facebook.com/m.akmalsaleh/videos/1069164900828174/

Video berkenaan telah memaparkan Akmal dengan tenang sedang menaiki kenderaan polis sambil menyatakan bahawa beliau tidak takut dan tidak menyerah terhadap isu yang melanda dirinya.

Sumber : Facebook Akmal Saleh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd