Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Dr Akmal Persoal DAP Tak Bersuara Apabila Alif Syukri Diboikot

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh persoal DAP apabila pengikut dan pemimpin parti itu tidak bersuara apabila dia memboikot usahawan sensasi Datuk Alif Syukri.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Dr Akmal bertanya mengapakah pihak DAP tidak mengeluarkan sebarang kenyataan apabila dia memboikot Alif.

https://www.facebook.com/m.akmalsaleh/posts/pfbid0u3uCE6m9mi1Hj2uqRDAnsGJADQb6LqxwkvYLTQg1Qz4khs6Par3cp28sJg5mZFBJl

“Nak tanya kepada geng-geng DAP terutama Anthony Loke Siew Fook. Kita buat boikot pada Alif Syukri juga.
“Dia keluarkan video lagu raya yang tidak menjaga sensitiviti umat Islam. Jadi DAP takkan diam je? Tak nak sokong Alif Syukri juga ke?
“Ke nak sokong geng sendiri je?” katanya.

Sebelum ini, Dr Akmal memuat naik satu video mengulas berkenaan tindakan Alif Syukri yang memuat naik video lagu raya yang tidak menjaga sensitiviti bulan Ramadan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Video yang dimuat naik di TikTok itu memaparkan Dr Akmal memberikan peringatan kepada usahawan tersebut untuk berhenti mengeluarkan video yang kurang menyenangkan.

Dr Akmal persoal DAP tak bersuara apabila Alif Syukri diboikot

@drakmalsaleh

Kalau KKmart kita boleh boikot,apa lagi produk dia ni Setiap tahun ulang perkara yang sama,langsung xda perasaan sensitiviti pada rakyat di negara ini Saya mohon pihak kerajaan untuk menyekat video ini dan tindakan undang2 perlu diambil,yang mana kes pada tahun 2022 pon masih lagi berjalan untuk mamat ni mengenai isu yang sama Saya rasa sudah tiba masanya rakyat Malaysia mengajar erti sebuah penyesalan pada dato aliff ini dengan kita boikot semua produk yang dijual oleh beliau Cukup cukuplah dengan drama minta maaf dan air mata yang diulang setiap tahun Kamu nak lihat kemarahan rakyat Malaysia kan?sila tunggu produk kamu akan diboikot Ini bukan content luar kotak,ini adalah content tiada otak!! Dr akmal saleh

♬ original sound – Drakmalsaleh – Drakmalsaleh

“Saya nak minta Datuk Alif. Ini bukan kali pertama, ini dah banyak kali dah kamu buat. Malah pada tahun 2022, kamu telah didakwa di mahkamah dan kes itu masih berjalan hingga ke hari ini.
“Takkan setiap tahun nak buat? Tak boleh jaga ke sensitiviti umat Islam semasa bulan Ramadan ni?” ujarnya.

Dalam pada itu, Dr Akmal juga meminta agar orang ramai untuk turut memboikot perniagaan Alif bagi memberikan pengajaran buat dirinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Berita Harian

“Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya mohon kalau KK Mart kita boleh boikot, kali ni kita kena beri pengajaran kepada Alif.
“Pertama, kita mohon pihak kementerian untuk padam dan tarik balik semua video yang telah dikeluarkan. Kedua, tindakan yang keras iaitu tindakan undang-undang perlu diambil.
“Yang ketiga, bagaimana kita minta rakyat Malaysia boikot KK Mart atas tidak menjaga sensitiviti umat Islam di negara ni, sama juga kita minta seluruh umat Islam untuk boikot segala produk yang dikeluarkan Alif,” katanya.

Terdahulu, Dr Akmal juga telah memulakan gerakan memboikot terhadap KK Mart selepas kedai serbaneka itu menjual stokin yang mempunyai kalimah Allah.

Sumber: Facebook & TikTok Dr Akmal Saleh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd