Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

DOSM Catat Kadar Inflasi IHP Negara Kekal 1.8 Peratus

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan mengenai keluaran Indeks Harga Pengguna (IHP) yang menunjukkan kadar inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama, Mac tahun sebelumnya.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan 3.0 peratus bagi Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain disumbangkan oleh kelas perbelanjaan bekalan air yang meningkat kepada 31.4 peratus pada Mac 2024.

Foto: Edisi Viral

“Negeri Kedah telah menaikkan kadar tarif perkhidmatan bekalan air bagi kategori pengguna domestik bermula Mac 2024 berbanding negeri lain yang telah melaksanakan kadar tarif baharu pada Februari 2024.
“Kumpulan Makanan dan Minuman yang menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP mencatatkan peningkatan lebih rendah iaitu 1.7 peratus pada Mac 2024,” katanya.

Beliau juga berkata peningkatan inflasi pada Mac 2024 telah didorong beberapa kelas lain melibatkan Restoran dan Perkhidmatan Penginapan (3.0%), Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial dan Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan (2.6%) dan Pengangkutan (1.3%)

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Namun begitu, peningkatan ini telah diimbangi dengan kumpulan utama yang merekodkan peningkatan lebih perlahan iaitu Kesihatan sebanyak 2.1 peratus, Makanan & Minuman 1.7 peratus serta kelas Rekreasi, Sukan dan Kebudayaan pada kadar 1.5 peratus,” ujarnya.

Foto: FB DOSM Selangor

Mohd Uzir juga memaklumkan inflasi kelas perbelanjaan Susu, Produk Tenusu Lain dan Telur dan kelas perbelanjaan Daging mencatatkan peningkatan perlahan pada bulan Mac 2024.

“Purata harga petrol tanpa plumbum RON97, harga yang ditetapkan pada bulan Mac 2024 adalah RM3.47 seliter berbanding RM3.35 seliter pada bulan Mac 2023,” tambah beliau.

Beliau turut memberitahu kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus, hanya lima negeri yang direkodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Pulau Pinang (3.0%), Sarawak (2.9%), Pahang (2.1%), Selangor (2.1%) dan Perlis (1.9%).

“Kesemua negeri mencatatkan peningkatan inflasi Makanan & Minuman. Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Selangor (3.2%), diikuti oleh Pulau Pinang (2.8%), Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.6%), Sarawak (2.1%), Perlis (2.1%) dan Wilayah Persekutuan Labuan (2.0%).
Sementara itu, negeri-negeri lain menunjukkan peningkatan di bawah paras inflasi Makanan & Minuman nasional iaitu 1.7 peratus pada Mac 2024,” jelasnya.

Foto: FB DOSM Selangor

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Perangkawan itu juga memaklumkan kadar inflasi keseluruhan secara bulanan merekodkan kenaikan marginal 0.1 peratus berbanding 0.5 peratus yang telah dicatatkan pada Februari 2024.

Bagi perbandingan inflasi dengan negara-negara terpilih, inflasi di Malaysia (1.8%) dilaporkan lebih rendah berbanding Vietnam (4.0%), Filipina (3.7%),
Amerika Syarikat (3.5%), Republik Korea (3.1%) dan Indonesia (3.1%), namun berada pada tahap lebih tinggi berbanding China (0.1%) dan Thailand (-0.5%).

Untuk makluman, DOSM telah melancarkan OpenDOSM NextGen sebagai medium yang menyediakan katalog data dan visualisasi bagi memudahkan pengguna menganalisis pelbagai data.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Lokal

Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan, hari ini menafikan dakwaan memakai jam tangan mewah berjenama Patek Philippe yang didakwa bernilai ratusan...

Lokal

Seorang pekerja pemasaran sebuah bengkel kenderaan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kulim atas tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian tiga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd