Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Dongeng Sang Kancil Raih RM5.8 Juta, PM Yakin Mampu Bersaing Di Peringkat Antarabangsa

Filem animasi Dongeng Sang Kancil telah mengutip sebanyak RM5.8 juta setakat Ahad, sejak ditayangkan di pawagam seluruh negeri pada 26 Disember tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Pengasas dan Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi memaklumkan pihaknya juga telah mensasarkan kutipan filem ini akan mencecah sebanyak RM20 juta sehingga selesai tayangannya di pawagam.

Dongeng Sang Kancil Kutip RM5.8 Juta

Dongeng Sang Kancil

Foto: Facebook Anwar Ibrahim

“Kutipan masih rendah disebabkan ramai yang menonton adalah kanak-kanak dan harga tiket juga murah.
“Pada masa sama, pihak kami juga berasa kesal ada beberapa ‘haters’ yang buat kempen jangan pergi tengok filem ini dan mendakwa ia ganas di laman Facebook (FB) hingga mengganggu mereka yang ingin menontonnya.
“Apapun, pihak kami mengharapkan tayangan filem ini masih dapat bertahan di pawagam sehingga cuti sekolah pada 17 Januari nanti,” katanya.

PM Yakin Filem Ini Mampu Bersaing Di Peringkat Antarabangsa

Dongeng Sang Kancil

Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Facebook memuat naik pujiannya, yakin bahawa filem animasi terbaharu terbitan syarikat produksi Les’ Copaque itu mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Sambil merakamkan ucapan syabas, Anwar turut memuji filem animasi watak popular cerita rakyat itu yang disifatkan beliau sebagai sebuah karya membanggakan negara.

“Pastinya, filem ini menghidupkan semula elemen nostalgia kanak-kanak yang teruja melihat kebijaksanaan Sang Kancil dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul selain menyatukan haiwan-haiwan lain di dunia rimba mereka.
“Syabas di atas filem animasi yang membanggakan negara ini, dan saya percaya, produk seni tempatan akan mampu terus bersaing di peringkat antarabangsa, insya-Allah,” katanya pada Ahad.

Dongeng Sang Kancil

Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Burhanuddin mengulas lanjut pujian yang diterima daripada Anwar yang juga Menteri Kewangan, menyatakan bahawa pihaknya berasa terharu dan bangga kerana beliau sudi menonton filem berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mestilah kami bangga bila Perdana Menteri sudi menonton dan puji hasil kerja kami yang seratus peratus anak tempatan. 
“Kami mengucapkan terima kasih kepada yang menonton dan berpuas hati dengan filem ini,” ujarnya bangga.

Dongeng Sang Kancil

Artikel lain: Terima Sambutan Hangat, Filem Babah Masuk Pasaran Singapura Sebelum Ke Borneo

Dongeng Sang Kancil merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D serta kesan khas 2D dan telah diberi nafas baru terhadap plot ceritanya agar dapat dutonton bersama keluarga.

Filem berdurasi 90 minit itu mengisahkan pengembaraan seekor kancil yang ingin membela kematian ibunya yang dibunuh dengan kejam oleh ‘bayang hitam’.

Sumber: Harian Metro (Ramlah Zainal)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Sosial

Seorang ibu mengundang sebak warga sekolah apabila hadir mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anaknya yang telah meninggal dunia, sekali gus meninggalkan kenangan...

Lokal

“Dua hari saya tak boleh tidur malam, setiap kali pejam mata, kejadian itu bermain dalam ingatan,” luah Megan, 42, saksi utama yang masih trauma...

Lokal

Tiga daripada 18 individu yang sebelum ini ditahan berkaitan insiden pergaduhan melibatkan kumpulan ‘ulat foto’ di sekitar KLCC, kini ditahan semula selepas didapati tidak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd