Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

DOJ Saman Adobe Kerana Pelan Langganan Yang Tidak Telus Kepada Pengguna

Syarikat perisian komputer, Adobe Systems Incorporated (Adobe) dilaporkan telah disaman Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) berikutan penawaran pelan langganan yang dikatakan tidak telus kepada pengguna.

Menerusi satu laporan Amanz, syarikat yang berpangkalan di San Jose, California, Amerika Syarikat tersebut dilaporkan mengenakan pelan bayaran bulanan yang tidak wajar untuk langganan perisian Adobe selama setahun sehingga menyebabkan DOJ mengambil tindakan undang-undang.

Foto: Google

“Sekiranya pelanggan ingin menamatkan lebih awal daripada tempoh tamat, mereka akan dikenakan caj penalti yang mahal,” katanya.

Selain itu, Adobe juga dikatakan tidak memaparkan terma dan syarat langganan yang menyatakan bayaran penalti sehingga 50% baki langganan setahun akan dikenakan kepada pelanggan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Amanz

“Bayaran penalti yang tinggi ini kerap tular di media sosial kerana ramai pelanggan tidak menyedari terma dan syarat yang tidak dipaparkan jelas ketika memulakan langganan,” ujarnya.

Sementara itu, Adobe mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan DOJ tersebut dan memaklumkan akan bertindak untuk melawannya di dalam perbicaraan di mahkamah kelak.

Foto: thepinoyofw.com

Untuk makluman, Adobe menyediakan pelbagai perisian komputer seperti Photoshop, Lightroom, Adobe Stock, Adobe Express, Indesign dan banyak lagi yang berfungsi untuk memudahkan penggunanya menggunakan komputer dengan perisian mereka dan ia boleh dilanggan dalm bentuk individu, perniagaan, pelajar dan sekolah serta sekolah dan universiti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Amanz (Effi Saharudin)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd