Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Diuji Pemergian Suami, Pempengaruh Farah Fakhira Selamat Bersalin Bayi Sulung

Pempengaruh media sosial, Farah Fakhira Fakhrulruzi berkongsi detik paling bermakna dalam hidupnya apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama selepas diuji dengan pemergian suami Zaidul Ariff Abdul Malek ketika sedang hamil.

Menerusi satu perkongsian menyentuh hati di Instagram, Farah mengimbau kata-kata yang pernah diluahkannya kepada bayi dalam kandungan selepas kehilangan suami tercinta.

“Baby, kita raya ni tak ada ayah tau. Temankan saya dalam perut baik-baik,” tulisnya hari ini.

Menurut wanita berusia 29 tahun itu, bayi tersebut sebenarnya dijangka lahir sekitar akhir bulan ini atau awal bulan depan, namun kehadirannya seolah-olah datang pada waktu yang paling diperlukan.

Dia turut berkongsi bahawa sepanjang tempoh kehamilan selepas suaminya meninggal dunia, bayi itu seakan memahami keadaan ibunya yang sedang berduka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dari mula Zaidul meninggal, tak ada satu ragam pun. Berbulan saya menangis, tapi walaupun saya paksa diri makan, alhamdulillah berat dia naik dan semua sihat.
“Seolah-olah dia tak nak saya sedih seorang diri,” katanya.

Pengalaman melahirkan itu juga membuatkan Farah benar-benar memahami makna pengorbanan seorang ibu.

“Baru saya faham, sakit melahirkan bukan sekadar luka, tapi bukti cinta yang tak terungkap,” ujarnya.

Dalam perkongsian sama, Farah memaklumkan dia berjaya melahirkan secara normal tanpa sebarang perkara yang tidak diingini, sesuatu yang disifatkannya sebagai hasil doa ramai yang sentiasa mendoakan dirinya.

Dia turut menitipkan kata-kata buat arwah suaminya yang sempat menemani perjalanan awal kehamilan itu.

“Abang, walaupun awak sempat jaga dia lima bulan dalam perut ini, tapi saya berjaya teruskan sampai akhir tanpa awak.
“Dan dia sangat macam awak, faham saya, tak susahkan saya. Nanti bila dia dah faham, saya akan cerita betapa hebatnya ayah dia,” luahnya lagi.

Bayi perempuan itu diberi nama Farah Hana Khawla, yang membawa maksud kegembiraan yang membawa ketenangan, dengan kekuatan dan keberanian seorang wanita mulia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Farah kehilangan suaminya yang pengsan secara tiba-tiba ketika bermain badminton sebelum disahkan meninggal dunia pada 1 November tahun lalu.

Kini Farah memohon doa orang ramai agar diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan dan membesarkan anaknya.

“Doakan saya kuat jadi ibu tunggal macam orang lain,” katanya.

Sumber: Instagram Farah Fakhira

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Sukan

Jenama pakaian terkenal, Elrah, mengesahkan akan menjadi penaja kepada pasukan Pantai Timur, Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bagi menghadapi saingan musim hadapan, sekali...

Lokal

Seorang guru disiplin cedera dipercayai selepas ditumbuk sekumpulan pelajar dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di sini, yang dipercayai berpunca daripada tindakan menggunting rambut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd