Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Dituduh ‘Scammer’ Forex 3D, Bright Vachirawit Perjelas-“Saya Pun Ditipu & Rugi Hampir RM100K..”

Aktor tersohor Thailand, Bright Vachirawit buat pertama kalinya mengakui dirinya terlibat dalam pelaburan Forex-3D.

Namun, dia bukanlah ‘pemangsa’ atau dalang yang memburu mangsa untuk melabur wang bagi mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda dalam masa singkat seperti dakwaan ramai.

Pendedahan ini dibuat oleh Bright apabila tularnya sebuah video memaparkan dia bersama rakan iaitu Nico Vokuca dan Apirak Kotethi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif kepada sebuah skim piramid Forex-3D yang kini ‘panas’ apabila ditahan oleh pihak polis kerana menipu orang ramai.

Bright yang mula terkenal dengan drama berjudul 2gether The Series berkata,  video klip tersebar itu sebenarnya sudah lama dan diambil ketika dia berusia sekitar 15 hingga 16 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ketika itu berumur 15 atau 16 tahun. Ada seorang senior bernama Nico (Nico Vokuca) bawa saya kenal P’Rak (Apirak Kotethi). Pada masa itu, apabila bekerja lewat malam, saya pulang ke Wilayah Nakhon Pathom. Kadang-kadang van itu habis pada pukul 3 petang. Saya pergi tinggal di rumahnya. Jadi itulah titik permulaan saya kenal dia.
“Klip nyanyian itu adalah hari pertama pertemuan kami di mana saya pergi tidur di sana dan kami menyanyi serta merakam klip nyanyian. Itu sahaja.“jelas Bright.

Dalam pada itu, Bright atau nama sebenarnya Vachirawit Chivaaree mengakui dirinya pernah terjebak dengan pelaburan apabila melihat orang disekeliling mula melabur dan mendapat keuntungan. Lalu, dia turut membuat pelaburan dengan meminta wang sebanyak 50,000 baht (RM6141.36) daripada ibunya dan pertama kalinya mendapat keuntungan.

Disebabkan terpengaruh, dia mula melabur sekali lagi. Malangnya pelaburan pada kali ini membuatkan dia kerugian hampir RM100,000.

“Saya minta wang sebanyak 50,000 baht dengan ibu untuk melabur buat pertama kalinya dan mendapat pulangan yang baik. Namun, terpaksa berhenti melabur memandangkan pelaburan  sebanyak 775,000 baht tidak mendatangkan hasil dan menyebabkan saya kerugian besar.
“Habis duit perbelanjaan keluarga. Tertekan sangat pada masa itu memandangkan semua wang yang akan digunakan pada masa hadapan telah lesap,”jelasnya lagi.

Insiden itu membuat Bright lebih berhati-hati dalam membuat keputusan terutama soal pelaburan terutama ia melibatkan ahli keluarganya. Ini kerana ‘klien’ yang turut sama melabur dibawah namanya adalah ibunya dan rakan rapat.

“Ternyata ia adalah penipuan, Jadi, saya tak boleh membiarkan ibu ditipu. Orang yang saya cintai disakiti kerana hal ini,”tegas Bright.

Walaupun tahu dirinya ditipu, Bright mengatakan dia tidak mahu memfailkan saman terhadap Apirak. Tetapi, dia sedia memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa sekiranya mereka mahu mendapatkan maklumat atau mahu dia menjadi saksi bagi kes ‘scam’ Forex-3D.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dikesempatan itu, Bright meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati sekiranya mahu membuat pelaburan agar tidak ditipu seperti dirinya. Dan, Bright melihat insiden itu sebagai pengajaran terbaik buat dirinya.

“Sikap tamak itulah yang membutakan mata. Tetapi,jika kita teliti dan kaji, sebenarnya tiada pelaburan yang menghasilkan keuntungan cepat seperti itu. Jika anda mahu melabur, laburlah dalam sesuatu yang boleh dilihat dengan nyata dan diiktiraf sah. Benar-benar sah. Jangan tertipu,”nasihatnya.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Lokal

Suasana di pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu hari ini menjadi tumpuan apabila prosiding pertuduhan lima remaja di Mahkamah Kanak-Kanak berlangsung susulan kes kematian Allahyarhamah Zara...

Sosial

Seorang pempengaruh terkenal dengan lebih 700,000 pengikut baru-baru ini menjadi tumpuan kritikan selepas menggelarkan anak perempuannya, Rania, sebagai ‘mini wife’. Meninjau di platform Threads,...

Sosial

Gong Badak kembali menjadi tumpuan apabila perhimpunan permotoran RXZ Member edisi ketujuh berlangsung hari ini hingga Sabtu, menghimpunkan ribuan pemilik serta peminat Yamaha RXZ...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd