Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Dituduh Jalin Hubungan Sulit, Rain Saman YouTuber Sebar Fitnah

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon terkenal Korea Selatan, Rain telah mengambil tindakan undang-undang dengan memberi saman kepada pihak yang menyebarkan fitnah terhadap dirinya.

Difahamkan, Rain telah mengeluarkan satu saman menerusi syarikatnya, R.A.I.N kepada seorang YouTuber yang menyebarkan spekulasi yang mendakwa Rain telah menjalin hubungan bersama orang lain di belakang isterinya, Kim-Tae hee.

“Selepas membuat siasatan dan mengumpul bukti-bukti terperinci, kami sudah pun memfailkan tuntutan pertama terhadap penyebar dakwaan tidak berasas itu.
“Kami tidak akan berhenti dan terus memantau penyebar fitnah. Syarikat juga akan memfailkan tuntutan mahkamah kali kedua dan ketiga,” katanya.

Terdahulu, menurut portal Woman Sense, terdapat seorang selebriti terkenal lelaki yang sememangnya terkenal dan dikenali ramai yang kini tidak dapat dinafikan kehebatannya dalam dunia nyanyian, tarian dan lakonan serta banyak lagi sedang menjalinkan hubungan dengan seorang wanita diluar pengetahuan isterinya.

Khabar angin itu mendakwa Rain sedang menjalinkan hubungan bersama seorang pemain golf profesional, malah mempunyai apartment bersama si ‘A. Malangnya, hubungan mereka diketahui oleh isterinya, Tae Hee dan amaran keras juga telah diberikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, agensi syarikat Rain menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan ia adalah mengarut dan tidak benar sama sekali.

Sumber: Kosmo (Nor Eryani Yusup)

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada...

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Lokal

Jambatan terpanjang merentasi sungai di negara ini telah dibuka secara rasmi hari ini, sekali gus menjadi mercu tanda baharu pembangunan infrastruktur di Sarawak. Jambatan...

Sosial

Pendakwah muda, Ustaz Muhammad Abdullah, 33, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik (UMK), selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Nor Suhada Mohd Azam, 26,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd