Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Dituduh Hisap Vape, Ikmal Hisham Mahu Saman Jurugambar PM

Enggan membiarkan imej terjejas, Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz telah membuat laporan polis susulan dakwaan menghisap vape di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Menerusi laporan Berita Harian, laporan tersebut telah dibuat oleh pegawai khasnya iaitu Wan Mohd Faissol Ismail di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, kira-kira jam 11.18 pagi tadi.

Difahamkan,  jurugambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai @sadiqasyraf  telah memuat naik gambar tersebut di laman X beserta keterangan pada foto terbabit.

“Betul-betul koyak terus tarik vape sambil keluar dewan,” tulis kapsyen muat naik tersebut.

Perbuatan tersebut secara tidak langsung telah memburukkan nama, kredibiliti dan reputasi beliau di mata orang ramai sebagai seorang pemimpin.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pemilik akaun X terbabit berniat jahat apabila menuduh saya menghisap vape, sedangkan apa yang saya pegang ketika itu sebatang pen yang secara spontan diletak di bibir seketika sahaja,” katanya.

Jelasnya lagi, keputusan tersebut diambil supaya pihak berkuasa boleh menjalankan siasatan dan seterusnya individu yang tidak bertanggungjawab dikenakan tindakan undang-undang.

“Tindakan undang-undang bagi menuntut beliau meminta maaf atas fitnah yang dilakukan sehingga ia menjejaskan reputasi saya.
“Ia turut mengakibatkan saya menjadi mangsa serangan dalam media sosial akibat penyiaran gambar tidak bertanggungjawab berkenaan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya mengesahkan pihaknya telah menerima laporan tersebut.

“Ya. Kita ada terima laporan polis yang dibuat bagi tujuan tindakan lanjut oleh pihak pengadu,” katanya.
Sumber: Berita Harian (Nor Azizah Mokhtar)

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Sosial

Aktivis masyarakat, Tamim Dahri menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu selepas videonya memijak dan membengkokkan trisula atau soolam tular di media sosial sejak...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd