Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Ditetapkan Mengikut Kuasa Elektrik, Cukai Jalan EV 85 Peratus Lebih Murah

Kementerian Pengangkutan (MOT) mengumumkan pada Selasa kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan bagi kenderaan motor tanpa pelepasan (ZEV) atau kenderaan elektrik (EV) ditetapkan berdasarkan kuasa elektrik dan berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Menteri MOT, Anthony Loke berkata kadar fi baharu itu adalah 85 peratus lebih rendah berbanding kadar sedia ada bagi menggalakkan rakyat beralih kepada penggunaan kenderaan ZEV, lapor Berita Harian.

Cukai jalan EV 85 peratus lebih murah

Cukai Jalan EV 85 Peratus Lebih Murah

Foto: Utusan

Menurut Loke, kadar fi itu akan disemak semula setiap lima tahun sekali bagi memastikan keberkesanannya untuk menggalakkan peralihan kepada kenderaan bebas asap dan kesannya kepada pendapatan kerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kadar fi LKM baharu yang ditetapkan hanya terpakai kepada ZEV dalam kategori Pure Battery Electric Vehicle (PBEV) dan Fuel Cell Elecric Vehicle (FCEV) sahaja.

“Kadar fi akan meningkat selaras dengan kenaikan kuasa motor elektrik, secara amnya peningkatan kuasa motor elektrik akan mewakili peningkatan dalam harga belian, saiz, segmen dan berat kenderaan.
“Peningkatan secara progresif mengikut setiap peningkatan kuasa motor elektrik akan mengelakkan peningkatan kadar fi LKM secara mendadak dari satu kumpulan kepada kumpulan seterusnya,” katanya.

Loke berkata, kadar fi bagi kenderaan ZEV lebih rendah berbanding kenderaan interneal combustion engine (ICE) atau kenderaan guna minyak sekaligus mengalakkan peralihan kenderaan tanpa pelepasan karbon dalam kalangan rakyat.

Foto: Carsome

Sementara itu, penetapan fi dibuat berdasarkan kadar blok dengan setiap blok ditetapkan pada julat kuasa motor 100,000 Watt.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai contoh, blok 1 adalah bagi kenderaan ZEV yang mempunyai kuasa motor elektrik dari satu Watt hingga 100,000 Watt, blok 2 antara 100,001 hingga 210,000 Watt.

“Bagi setiap blok, akan ditetapkan had minimum dan maksimum kadar fi LKM. Sebagai contoh, kadar fi LKM bagi blok 1 adalah RM20 manakala kadar maksimum pula adalah RM70 manakala blok 3, kadar fi minimum adalah RM305 dan maksimum pula adalah RM575,” jelasnya.

Bagi setiap blok, kadar kenaikan fi LKM ditetapkan secara progresif dengan setiap kenaikan 9,999 Watt akan dikenakan tambahan bayaran mengikut kadar kenaikan yang ditetapkan dalam blok terbabit.

Sebagi contoh, dalam blok 2, kadar minimum fi LKM pada kuasa motor 100,001 Watt ditetapkan pada RM80 dan dengan kenaikan 9,999 Watt, kuasa motor elektrik seterusnya adalahj pada 110,000 Watt.

“Fi LKM kuasa motor 100,001 Watt adalah RM80 dengan kadar kenaikan per blok 9,999 Watt bagi blok 2 adalah RM20. Jadi, jumlah kadar fi LKM akan dikenakan adalah bersamaan RM100.
“Sebagai contoh bagi kenderaan BYD Dolphin Premium Standard Range yang berkapasiti 130 kilo Watt (kW) akan hanya dikenakan fi LKM sebanyak RM120 berbanding kadar sedia ada bernilai RM624.
“Bagi Tesla Model Y yang berkapasiti 220kW adalah RM305 sahaja berbanding fi LKM sedia ada bernilai RM2,583,” katanya.

Dalam pada itu, Loke berkata pihaknya akan mewartakan kadar fi LKM bagi segmen kenderaan berkenaan dalam tempoh terdekat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Mohd Iskandar Ibrahim)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Sosial

Baru-baru ini tular di media sosial, seoarang warga emas mengusap air mata menerima bantuan daripada seorang pemuda setelah berdepan detik cemas kehabisan minyak motor...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd