Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Disindir Hailey Bieber Dan Kylie Jenner, Selena Gomez ‘Berehat’ Daripada Media Sosial

Usia sudah mencecah 30 tahun, penyanyi popular, Selena Gomez enggan untuk memikirkan perkara yang hanya membuang masa.

Susulan itu, Selena telah membuat keputusan untuk berundur daripada dunia media sosial waktu kerana mahu berehat. Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Selena ketika membuat siaran langsung bersama pengikutnya di TikTok telah mengejutkan ramai terutamanya dalam kalangan peminat.

“Saya akan mengundur diri daripada media sosial kerana hal-hal yang agak bodoh ini. Saya sudah berusia 30 tahun dan terlalu tua untuk melayan perkara ini.
“Namun, saya tetap menyayangi kamu semua (peminat) dan kita akan berjumpa semula tidak lama lagi,” katanya.

Disebabkan itu, ramai yang telah membuat spekulasi mengenai keputusan yang dilakukan oleh Selena kerana ia dibuat secara mengejut dan tidak disangka.

Ada yang mendakwa bahawa perselisihan faham antara Selena dengan Kylie Jenner dan Hailey Bieber menjadi salah satu asbab mengapa bekas kekasih Justin Bieber itu mahu berundur daripada media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, sejauh mana kesahihan mengenai perkara tersebut tidak dapat dipastikan lagi namun, Selena meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan sahabat dan peminat yang sentiasa menyokongnya.

“Saya bersyukur kerana mempunyai kawan dan peminat terbaik di seluruh dunia. Saya suka dengan cara saya sendiri, dan tidak akan mempedulikan orang lain,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Selena memuat naik satu hantaran video di laman sosial dengan berkongsi tidak sengaja melapiskan keningnya terlalu tebal.

Kemudian, Kylie memuat naik sebuah kapsyen yang ditulis dibahagian keningnya ‘ini tidak sengaja’ yang seakan-akan menyindir Selena Gomez.

Bukan itu sahaja, Kylie dan Hailey turut membuat FaceTime yang hanya memfokuskan bahagian kening mereka telah mengundang kemarahan ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: mStar 

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd