Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Diserang Israel, Wartawan Al Jazeera ‘Syahid’ Ketika Sedang Buat Liputan

Seorang wartawan Al Jazeera,  Samer Abudaqa dilaporkan maut dalam serangan udara Israel ketika sedang membuat liputan di Khan Younis, Selatan Gaza, semalam.

Selain Samer Abudaqa yang juga jurukamera, rakan sekerjanya Wael Dahdouh mengalami kecederaan ketika mereka sedang membuat liputan di sekolah Farhana sebelum diserang Israel.

Menurut saksi yang juga wartawan Pan-Arab, serangan pertama tentera rejim menyebabkan mangsa cedera dan cuba merangkak mencari perlindungan.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Eye On Palestine (@eye.on.palestine)

Artikel lain: Wartawan Foto Palestin, Motaz Azaiza Dinobat Man Of The Year!

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tanpa belas kasihan Israel membedil mangsa buat kali kedua menyebabkan sebahagian badan mangsa bertaburan.

Pasukan paramedik juga dihalang tentera rejim daripada memberi rawatan kepada beliau, sehingga mangsa meninggal dunia di lokasi.

Menurut jurucakap Al Jazeera, pasukan penyelamat sudah berjaya mendapatkan mayat Samer, manakala Wael dihantar ke Hospital Nasser untuk rawatan lanjut.

“Dalam pengeboman hari ini di Khan Younis, Israel melepaskan peluru berpandu ke sebuah sekolah yang menjadi tempat perlindungan sekali gus mengakibatkan korban dalam kalangan orang awam.
“Berhubung kecederaan Samer, dia yang mengalami pendarahan dibiarkan selama lebih lima jam, kerana tentera Israel menghalang ambulans dan pekerja penyelamat daripada mendekatinya,” katanya dalam kenyataan.
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Eye On Palestine (@eye.on.palestine)

Untuk pengetahuan, Samer Abudaqa adalah kakitangan media ke-59 yang terbunuh dalam peperangan Israel-Palestin yang mula tercetus pada 7 Oktober lalu.

Sumber: Al Jazeera, Instagram @eye.on.palestine

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd