Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Disangka Sudah Hantar Ke Taska, Anak Doktor Meninggal Dunia Tertinggal 10 Jam Dalam Kereta

Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan ditemui meninggal dunia selepas tertinggal kira-kira 10 jam dalam kereta ibunya di kawasan parkir kenderaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM), Cheras, petang semalam.

Memetik laporan Berita Harian, ibu mangsa yang juga seorang doktor di hospital tersebut menyangka anaknya sudah dihantar ke taska sebelum bergerak ke tempat kerja.

Walau bagaimanapun, seperti dipetik laporan Astro Awani, sumber memberitahu bapa mangsa telah menghubungi isterinya untuk memaklumkan anak mereka tiada di taska serta meminta wanita itu pergi ke tempat letak kereta.

Foto hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ketika bapa mangsa tiba di lokasi parkir kereta, dia mendapati isterinya sedang memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada anaknya dan meminta isterinya membawa mangsa ke wad kecemasakn untuk tindakan lanjut,” kata sumber.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin dalam satu kenyataan berkata mangsa didapati tidak sedarkan diri pada jam 5.53 petang sebelum disahkan meninggal pada hari sama.

“Hasil siasatan awal mendapati pada jam 7.20 pagi, ibu mangsa meletakkan bayinya di tempat duduk belakang penumpang sebelah kiri dalam kereta untuk dihantar ke taska.
“Bagaimanapun, ibu mangsa terus memandu keretanya ke tempat kerja dengan anggapan mangsa sudah dihantar ke taska,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001, iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.

Sumber: Berita Harian (Safeek Affendy Razali), Astro Awani (Afiey Azaman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Iffa Sabrina
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Bisnes

Gergasi automotif global Volkswagen dilaporkan merancang langkah penstrukturan semula terbesar dalam sejarah syarikat dengan mengurangkan sehingga 100,000 pekerja di seluruh dunia serta menutup empat...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd