Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Disaman Teresa Kok? Akmal Saleh Tidak Takut – “Jumpa Di Mahkamah”

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan beliau tidak takut dengan kenyataan Naib Presiden DAP, Teresa Kok yang mempertimbangkan mahu menyaman beliau.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Muhamad Akmal berkata beliau sudah bersedia untuk berhadapan dengan tindakan saman oleh Teresa yang juga merupakan Ahli Parlimen Seputeh itu.

Akmal Saleh tidak takut disaman Teresa Kok

Akmal Saleh Tidak Takut

Foto: UMNO Online

“Hari ini, bila Teresa dipanggil ke ibu pejabat polis, dia keluarkan kenyataan bahawa dia sedang mempertimbangkan untuk saman saya di mahkamah.
“Saya nak beritahu kepada Teresa Kok, bawa ke sini. Saya tak takut, takkan menyerah. Kita jumpa di mahkamah,” katanya.

Artikel lain: Isu Sijil Halal: Teresa Kok Disoal Lebih 20 Soalan – Peguam

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Teresa menyatakan bahawa beliau sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas Ketua Pemuda UMNO itu.

Ia susulan kenyataan Muhamad Akmal yang mahu menampal logo tidak halal pada dahi Ahli Parlimen daripada DAP tersebut.

Akmal Saleh Tidak Takut

Foto: Utusan

Pada kenyataan yang sama, Muhammad Akmal juga melabel Teresa sebagai ‘nyonya tua’ dan tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam berkaitan pensijilan halal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Teresa mendakwa pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa.

Katanya, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah beban dan kesukaran operasi perniagaan serta beban kepada perniagaan kecil.

Sumber: TikTok Akmal Saleh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mendedahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalaninya menunjukkan beliau mempunyai keturunan India. Perkara itu dikongsikan Prabowo ketika berucap di hadapan...

Lokal

Pengorbanan Allahyarham Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban ketika menjalani latihan ketenteraan dihargai apabila beliau dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal secara anumerta. Tentera Darat...

Sukan

Ketua jurulatih Mesir, Hossam Hassan meluahkan kekecewaan mendalam terhadap mutu pengadilan selepas pasukannya tersingkir daripada saingan Piala Dunia apabila tewas 3-2 kepada Argentina dalam...

Lokal

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial bagi mengesan kemungkinan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd