Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Dion Cools Mahu Langkah Ke Piala Dunia Bersama Harimau Malaya

Walaupun peluang untuk melayakkan diri ke fasa kalah mati Piala Asia di Qatar ‘terbantut’, namun ia tidak mematahkan semangat pemain bola sepak berdarah kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools untuk membawa Harimau Malaya ke Piala Dunia 2026.

Menurut laporan Buletin TV3, Cools meluahkan rasa teruja apabila Harimau Malaya kini berada di  tangga teratas kelayakan Piala Dunia Kumpulan D.

Dion Cools

Artikel lain: Lidah Faisal Halim Kelu, Disoal Anak Mengenai Kekalahan Harimau Malaya

Mana tidaknya, pada November tahun lalu, Harimau Malaya berjaya ini mengumpul enam mata hasil kemenangan ke atas Kyrgyzstan dan Taiwan. Oman dan Kyrgyzstan pula terikat tiga mata, manakala Taiwan tanpa mata.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ketinggalan 1-3,  Ya tuhan, apa sudah jadi, di stadium sendiri dan di hadapan penyokong sendiri?
“Itulah perlawanan paling ‘gila’ yang pernah saya hadapi dan safa fikir kenangan paling indah dalam kerjaya saya dan akan diceritakan kepada anak-anak”, kata Cools yang turut menjaringkan dua gol termasuk gol penyamaan 3-3 pada perlawanan itu.

Bukan itu sahaja, Cools turut mendedahkan ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon meletakkan sasaran dengan meraih sekurang-kurangnya 12 mata untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2026.

“Kami sudah separuh jalan, jadi itu sesuatu permulaan yang menakjubkan, pasukan dalam ‘mood’ yang baik, pasukan telah mencapai sesuatu yang baik,” ujar Cools yang tampil kali pertama bersama Harimau Malaya pada 2021.

Dalam pada itu, pemain yang berusia 27 tahun itu berkongsi pengalamannya dimana pernah dipanggil untuk menyertai pasukan remaja Belgium namun, akui tidak mudah untuk menembusi skuad senior negara tersebut.

JOHOR BAHRU, 22 Mac — Kapten Harimau Malaya Dion Cools pada sidang media menjelang perlawanan persahabatan Antarabangsa Tier 1 menentang Turkmenistan di sebuah hotel hari ini.
— fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

“Sudah tentu perbezaan kedudukan antara Belgium dan Malaysia boleh dilihat sendiri, yang mana  Belgium pernah menjadi pasukan nombor satu dunia.
“Namun rasa cinta terhadap bola sepak Malaysia, peminat dan negara sebenarnya lebih mendalam,” katanya yang sekali lagi akan menjadi tonggak Harimau Malaya pada aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia di Doha menentang Korea Selatan, Khamis ini.

Sumber: Buletin TV3

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sosial

Isu pempengaruh Ammar Nazhan yang didakwa menyiarkan secara langsung perlawanan Piala Dunia 2026 di TikTok terus menjadi perhatian ramai apabila orang ramai mempersoalkan tindakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd