Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Dimalukan Liverpool, Roy Kean Nasihat Pemain MU Sembunyikan Diri

Malang sungguh buat pemain Manchester United apabila dibelasah ‘teruk’ oleh Liverpool 7-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi.

Kekalahan terbaru United itu adalah kekalahan terburuk mereka kepada Liverpool dan kekalahan yang paling teruk sepanjang sejarah kelab itu. Skuad bimbingan Erik ten Hag tumpas selepas ketinggalan menerusi gol pembukaan Cody Gakpo sejurus sebelum separuh masa pertama.

Gakpo sekali lagi menjaringkan gol pada separuh masa kedua, manakala Mohamed Salah dan Darwin Nunez menjaringkan dua gol sebelum Roberto Firmino menyempurnakan salah satu keputusan paling menakjubkan dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Aksi persembahan The Red menjaringkan enam gol pada separuh masa kedua jelas memberi sinar kemenangan bermakna di bumi Anfield.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Paling teruk, memalukan!

Kekalahan United dibumi Anfield menerima tamparan dan kritikan hebat daripada pelbagai pihak termsasuk Roy Keane yang menyelar kekalahan pasukan berkenaan.

Katanya, barisan pemain United dilihat tidak menunjukkan semangat lawan sebelum menyatakakan mereka seharusnya berasa malu dengan pencapaian diri sendiri dalam aksi EPL, awal pagi tadi.

“Ia jelas hari yang teruk, sangat mengejutkan. Perlawanan ini sudah tamat pada awal separuh masa kedua.
“Pemain senior memalukan. Mereka tidak menunjukkan watak pemimpin. Amat mengejutkan. Ia adalah hari yang sukar untuk United,”ujarnya.

Dalam pada itu, Keane meluahkan kesyukuran kerana tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan yang dikalahkan sebanyak itu sewaktu beraksi bersama United.

“Saya bersukur kerana tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan yang dikalahkan sebanyak itu di United.

Saya akan menghilangkan diri…

Ujarnya lagi, jika dia sebagai pemain pastinya akan berasa malu terutama umum sedia maklum akan pasukan gergasi dunia tewas ‘teruk’ oleh pasukan lawan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Setiap pemain pastinya akan berasa malu. Apabila keadaan semakin sukar, mereka hilang di atas padang. Mereka tidak menunjukkan semangat juang yang tinggi,”katanya.

Katanya lagi, dia pasti akan menghilangkan diri untuk beberapa bulan sekiranya berada dalam situasi tersebut.

“Pemain utama benar-benar mengecewakan kelab. Jika anda pernah dikalahkan dengan jaringan enam atau tujuh gol, anda perlu bersembunyi selama beberapa hari.
“Saya akan menghilangkan diri untuk beberapa bulan. Saya tidak tahu nak kata apa, saya amat terkejut,” kata Keane di Sky Sports.

Sumber: Sky Sports

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd