Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

‘Dilamar’ Negara Luar, Misbun Sedia Lahirkan Pemain Nombor 1 Dunia Yang Keempat

Baru-baru ini, Datuk Misbun Sidek mendedahkan dia sudah bersedia berkhidmat di luar negara demi meneruskan misi melahirkan pemain nombor satu dunia yang keempat.

Menerusi laporan Berita Harian, difahamkan jurulatih yang berusia 63 tahun itu telah menerima beberapa tawaran dari negara lain yang berminat mendapatkan khidmatnya selepas sah berpisah dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Jelasnya, Thailand dan Singgapura antara negara yang mahu mendapatkan sentuhannya walaupun tidak memberitahu secara terperinci mengenai butiran tawaran tersebut.

Selepas kejayaannya melahirkan pemain nombor satu dunia seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Rashid Sidek dan Roslin Hashim, dia tidak pernah berputus asa mencipta sejarah itu untuk kali yang keempat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Memang hati saya untuk negara, tetapi kalau khidmat saya diperlukan oleh negara luar, mereka mahukan idealogi saya untuk membentuk pemain mereka, apa salahnya?
“Kalau ikutkan tawaran itu untuk pasukan senior, yang mereka mahukan adalah dari segi sentuhan penyudah, untuk mengajar mereka bagaimana mahu mencapai kemenangan.
“Harapan saya juga adalah mahu mencari pemain nombor satu dunia yang keempat dan bersedia sekiranya ada potensi melakukan di luar negara.
“Apa pun, saya belum buat keputusan kerana ia bergantung kepada beberapa syarat tertentu yang saya kemukakan, tetapi untuk buat masa sekarang, saya mahu berehat terlebih dahulu kerana sudah lama saya tidak berehat,” katanya.

Bukan itu sahaja, Misbun menjelaskan dia menolak untuk menerima semula tawaran yang dikemuka oleh BAM kerana tidak mahu menganggu persiapan Kejohanan Remaja Dunia yang akan berlangsung di Washington, Amerika Syarikat (AS), bulan depan.

“Saya membuat keputusan untuk menolak tawaran itu kerana saya tidak mahu ganggu persiapan skuad remaja ke kejohanan dunia, mungkin perancangan sudah diatur.
“Memang saya yang aturkan program, sejak dari kejohanan dunia tahun lalu. Tetapi kali ini saya akur, kerana dalam tempoh dua minggu ini banyak perkara telah berlaku dan kesuntukan waktu,” ujarnya lagi.

Sumber: Berita Harian (Helmi Talkah)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Bekas ahli anggota One Direction, Liam Payne dilaporkan meninggal dunia di Buenos Aires, Argentina selepas terjatuh dari sebuah hotel di sana, pada malam Rabu...

Spotlight

Artis terkenal Indonesia, Irish Bella telah mendirikan rumah tangga kali kedua dengan seorang usahawan yang berasal dari Aceh, Haldy Sabri selepas bercerai sembilan bulan...

Dunia

Keluarga mangsa akhirnya mendapat jawapan selepas penantian selama 56 tahun apabila mayat seorang ahli keluarga mereka yang maut dalam tragedi pesawat terhempas pada tahun...

Nasional

Satu lagi kes kematian melibatkan seorang pengamal perubatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang, sedang disiasat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang didakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd